GAJI PENGAWAL KESELAMATAN 2025

GAJI PENGAWAL KESELAMATAN 2025
Bermula Februari 2025 • Hak Yang Ramai Tak Sedar
Kadang kita jaga tempat orang… tapi hak kita sendiri, tak ada siapa jaga. Berdiri 12 jam, mata lawan mengantuk, hujan panas tetap setia… tapi bila gaji tak setimpal— suara jadi perlahan, hati jadi penat. Ini bukan sekadar kiraan. Ini tentang nilai manusia yang bekerja dalam diam.
GAJI POKOK (7.5 JAM SEHARI)

RM1,700 sebulan

Pengiraan kadar sejam:
RM1,700 ÷ 26 ÷ 7.5 = RM8.72 sejam
KERJA LEBIH MASA (OT HARI BIASA)

Masa: 4.5 jam sehari
Kadar: 1.5 (Normal Rate)

RM8.72 × 4.5 × 26 × 1.5 = RM1,530.36

Anggaran OT bulanan: RM1,530.36
KERJA HARI CUTI (OFF DAY)

Kadar: Double Pay (2.0)

RM8.72 × 4.5 × 2.0

Dibayar 2 kali ganda
KERJA CUTI UMUM

Kadar: Triple Pay (3.0)

RM8.72 × 4.5 × 3.0

Dibayar 3 kali ganda
REALITI DI LAPANGAN

Masih ramai yang dibayar rendah. Masih ada syarikat yang tak ikut kadar sebenar. Masih ada yang diam… sebab takut hilang kerja. Tapi diam terlalu lama, buat salah itu nampak biasa.
Kita bukan minta lebih. Kita cuma nak apa yang sepatutnya. Sebab di sebalik uniform itu— ada manusia yang penat, ada keluarga yang menunggu, dan ada hati yang berharap… agar suatu hari nanti, kerja ini dihargai seperti sepatutnya. Diam bukan lemah. Tapi bila sampai masa—suara perlu bangkit.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

  1. Sama juga yg terjadi di sini. Tak semua company membayar staff nya dengan upah minimum yg sudah ditetapkan. Masih banyak yg kerja di bawah standard gaji daerah masing2

    BalasPadam

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini