Episod 3 — Malam Itu, Lutut Aku Terbelah
21 April 2026 | 9:00 malam
Malam itu… aku dalam perjalanan pulang.
Sekitar jam 9 malam, di Batu 10 Serdang Kedah. Jalan biasa. Laluan biasa.
Tapi malam itu tidak biasa.
Aku nampak kereta merah di depan. Aku brek mengejut. Dan aku jatuh.
Tapi bila aku bangun… tiada kereta pun di situ.
Orang kata… memang ada kemalangan sebelum itu. Kereta itu sudah diangkat.
Aku tidak tahu apa yang aku nampak.
Tapi aku tahu… aku terluka.
“Ada kejadian yang kita tidak akan pernah faham… tapi tetap meninggalkan kesan.”
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”