Tertewas Juga Hari Ini
Tertewas juga hari ini.
Sampai saja di rumah, badan terus menyerah—
penat yang tak sempat diluah,
sakit yang tak sempat difahami. 🤕🤒
Entah kenapa…
mungkin tubuh ini sudah tak sekuat dulu,
atau mungkin jiwa yang terlalu lama menahan.
can’t stress
can’t depress
Aku belajar untuk tidak terlalu memaksa diri.
Sebab itu aku memilih diam,
bukan kerana tiada rasa,
tetapi takut kata-kata disalah tafsir,
takut hati orang lain tersentuh tanpa sengaja.
Kadang diam itu bukan kosong,
tapi penuh dengan usaha untuk bertahan.
Harap esok lebih baik.
Dan lusa…
biarlah datang tanpa mengganggu
keputusan untuk menjaga diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”