Julai 31, 2018

CUCKOO GOOOD PLAN


CUCKOO GOOOD PLAN

KING TOP : RM60 SEBULAN

IRIS TOP : RM75 SEBULAN

7 TAHUN SERVIS PERCUMA

JOM TEMPAH SEKARANG ! ! !


PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO RAYA KEMBALI LAGI!!SERENDAH RM2HARI!



Promosi penapis air cuckoo sempena RAYA kembali lagi!!!

Adakah anda mengalami situasi dibawah?

penat ambil air berbotol-botol dimesin 
bangun pagi kena jerang air
anak merengek nak susu, bila tengok didalam tarmos, air panas tak ada, kelam kabut si IBU menjerang air

KALAU ANDA ADA MASAALAH DIATAS, SAYA ADA 1 PENYELESAIAN KEPADA MASAALAH DIATAS

PENAPIS AIR KING TOP CUCKOO

ada 3 suhu, panas, sejuk dan suhu bilik
Serendah rm60bulan... harga asal rm110bulan
pemasangan percuma
jimat tenaga
jimat elektrik kerana auto refil yang cepat
7tahun waranti produk
servis percuma

Pendaftran seluruh Malaysia
Kami yang uruskan semua

tak perlu payslip
tak Peru pinjaman

Pendaftaran mudah
hanya ic Dan akaun bank sahaja

PROMOSI AKAN TAMAT BILA2 MASA SAHAJA

DAPATKAN SEGERA SEBELOM STOK KEHABISAN!!!

WHATSAP SAYA DI www.wasap.my/60174872027


SAYA AKAN DAFTARKAN ANDA DENGAN SEGERA!!!!




SINOPSIS KHALIFAHKAH AKU

SINOPSIS KHALIFAHKAH AKU 
Kisah Fatah, anak kepada tokoh perniagaan terkenal, Dato' Amran dan Datin Marissa. Papa dan Mamanya sentiasa sibuk dengan urusan dunia dan kerap alpa dalam urusan ibadah seharian seperti bersolat.
 
WAKTU SIARAN : Sabt, 4 Ogos 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Pencil Pictures & Records Sdn Bhd
PELAKON : Wanns Ahmad, Aishah Azman, Wanna Ali, Izzy Reef, Fauzi Nawawi, Datin Ira Ghani

SINOPSIS FASIQ

SINOPSIS FASIQ 
Julisa seorang ibu muda yang mempunyai perniagaan kecantikkan. Perniagaan Julisa semakin maju dan banyak menghabiskan masa bersama Backy sehingga berlaku hubungan sulit.
 
WAKTU SIARAN : Ahad, 29 Julai 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Luna ntv7
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Erwin Dawson, Puteri Balqis, Aida Khalida, Ariff Aziz, Afzan A Rahman 

Muflis Di Akhirat

Muflis Di Akhirat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
أتَدْرُونَ مَنْ الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا لَهُ دِرْهَمَ وَلَا دِينَارَ وَلَا مَتَاعَ قَالَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يَأْتِي بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ عِرْضَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُقْعَدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?" Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda." Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencaci maki, menuduh,  serta  memakan harta orang lain serta membunuh  dan menyakiti orang lain. Setelah itu diberikan kepadanya sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil sebahagian dosa-dosa mereka tadi untuk dibebankan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (HR Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang muflis di akhirat bukan kerana tidak memiliki wang ringgit semasa di dunia.

2.  Orang yang muflis di hari kiamat nanti, adalah mereka yang dibangkitkan dengan pahala  hasil amal ibadat semasa di dunia (pahala solat, puasa,  zakat, sedekah dll) namun pahalanya terpaksa diberi pada orang  malah akhirnya habis pahalanya dan terpaksa memikul dosa orang lain.

3.  Muflis kerana pahala yang ada terpaksa membuat bayaran dosa  di dunia disebabkan dosa mengumpat,  mencela, menuduh dan memfitnah orang lain termasuk yang diviral di fb, whatsaap, telegram dll.

4.  Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah  SAW pernah bertanya: "Tahukah kamu, apakah ghibah (mengumpat) itu?" Para sahabat menjawab; Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Engkau menyebut tentang hal saudara kamu yang ia tidak sukai." Baginda ditanya lagi, "Bagaimana pendapatmu jika apa yang ada pada saudaraku sesuai dengan yang aku bicarakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang engkau katakan itu memang benar-benar ada maka engkau telah berbuat ghibah (mengumpat), namun jika tidak benar, maka engkau telah berbuat fitnah." (HR Muslim No: 4690)  Status: Hadis Sahih

5.  Muflis juga disebabkan pahala yang ada terpaksa membayar hutang orang lain kerana semasa di dunia memakan harta orang termasuk hutang harta, menumpahkan darah, menyakiti serta menzalimi orang lain.

Jangan biarkan kita menjadi orang yang muflis di akhirat nanti

WORD 16

WORD 16

So fill your heart
with what's important
and be done
with all the rest

Gerimis melanda hati

Gerimis melanda hati 

dimanapun kau berada
kau selalu ku cinta walau tak bersama

sepenuh hati padamu, ku cinta dengan jiwa
tak ingin jauh darimu, rindu takkan terkira
gerimis melanda hati, terlalu mencintai
tak rela melepasmu pergi, tak rela bila harus terjadi

jarak memisahkan kita, ku takut kau tak setia
curiga menguras jiwa
ku ingin selalu bersama dengan orang yang ku cinta
tak sanggup jauh terpisah

walaupun aku percaya jodoh takkan kemana
bila Tuhan menakdirkan pasti diberi jalan

dimanapun kau berada
kau selalu ku cinta walau tak bersama

jarak memisahkan kita, ku takut kau tak setia
curiga menguras jiwa
ku ingin selalu bersama dengan orang yang ku cinta
tak sanggup jauh terpisah

walaupun aku percaya jodoh takkan kemana
bila Tuhan menakdirkan pasti diberi jalan

dimanapun kau berada
kau selalu ku cinta walau tak bersama

Julai 30, 2018

Menanggung Rindu

Menanggung Rindu

Tak Terlena tidur malamku
Asyik Terjaga teringatkan mu
Tak Berdaya menanggung rindu
Sungguh Aku menyintaimu

Tak Terucap di bibir ini
Betapanya Aku sangat sayangkanmu
Tak terhitung rindu rindu ini
Ku serahkan semua cinta ini
Hanyalah untukmu

Aku Sayangkan dirimu
Cinta kasihku hanya untukmu
Dan Ku mengharapkan
Cinta Bahagia selamanya

Andainya Esok kitakan berpisah
Alangkahnya Hancur hati aku ini
Tak Terdaya hidupku tanpamu
Kerna Kasihku hanya untukmu

Andainya Itu takdir cinta kita
Menangislah Aku untuk selamanya
Tak Sanggup aku untuk kehilanganmu
Aku Tak sanggup kasih
Tuhan Restulah cinta kami

Aku Sayangkan dirimu
Cinta Kasihku hanya untukmu
Dan Ku mengharapkan
Cinta Bahagia selamanya

Andainya Esok kitakan berpisah
Alangkahnya Hancur hati aku ini
Tak Terdaya hidupku tanpamu
Kerna Kasihku hanya untukmu

Andainya Itu takdir cinta kita
Menangislah Aku untuk selamanya
Tak sanggup aku untuk kehilanganmu
Aku tak sanggup kasih
Tuhan restulah cinta kami

Program Super Spontan Xtravaganza (2018) Astro Warna

Program Super Spontan Xtravaganza (2018) Astro Warna

Super Spontan Xtravaganza

Channel : Astro Mustika HD & Warna
Mula Tayangan : 20 Julai 2017
Masa: [Setiap Jumaat, 10.00 mlm]

Pengacara: Dato’ AC Mizal, Amir Raja Lawak
Juri Tetap: Adflin Shauki dan Adibah Noor
Jumlah Episod : 8


Info
Program realiti permainan lawak, Super Spontan bakal menemui penoton bagi musim ke-7 dengan edisi istimewa, Super Spontan Xtravaganza (SSX).

Menampilkan sedikit kelainan, SSX bakal dibarisi 16 bintang yang terdiri daripada pelawak, pelakon dan penyanyi terkenal.

SENARAI PESERTA SUPER SPONTAN XTRAVAGANZA



KUMPULAN SOTONG KANGKUNG


1. Izzue Islam (K)
2. Siti Elizad
3. Tauke Jambu
4. Nizam Jentik Jentik
5. Shahrol Shiro
6. Achey
7. Atu Zero
8. Modee


KUMPULAN LOBSTER LELEH

1. Fad Bocey (K)
2. Abam Bocey

3. Zara Zya
4. Mamak Puteh

5. Joey
6. Tomok
7. Jaa Suzuran

8. Anas Ridzwan


PEMENANG SUPER SPONTAN SUPERSTAR XTRAVAGANZA



HADIAH PEMENANG
Juara RM100,000 beserta trofi
Naib juara RM50,000 beserta trofi
Tempat Ketiga RM25,000 beserta trofi

Tunaikan Hak Allah dan Hak Manusia

Tunaikan Hak Allah dan Hak Manusia

عَنْ ابْنَ عُمَرَ فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ حَالَتْ شَفَاعَتُهُ دُونَ حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقَدْ ضَادَّ اللَّهَ فِي أَمْرِهِ وَمَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ فَلَيْسَ بِالدِّينَارِ وَلَا بِالدِّرْهَمِ وَلَكِنَّهَا الْحَسَنَاتُ وَالسَّيِّئَاتُ وَمَنْ خَاصَمَ فِي بَاطِلٍ وَهُوَ يَعْلَمُهُ لَمْ يَزَلْ فِي سَخَطِ اللَّهِ حَتَّى يَنْزِعَ وَمَنْ قَالَ فِي مُؤْمِنٍ مَا لَيْسَ فِيهِ أَسْكَنَهُ اللَّهُ رَدْغَةَ الْخَبَالِ حَتَّى يَخْرُجَ مِمَّا قَالَ

Dari Ibnu Umar dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang memberi bantuan untuk menghalang daripada dilaksanakan hukum Allah 'azza wajalla (hukum had), maka sesungguhnya ia telah menentang perintah Allah. Dan barangsiapa meninggal dunia sedang ia masih mempunyai hutang maka (gantinya kelak) bukan sekadar dengan dinar atau dirham akan tetapi dengan kebaikan (pahala) dan keburukan (dosa). Dan barangsiapa bermusuhan dalam suatu kebatilan padahal dia mengetahuinya, maka ia akan selalu dalam kemurkan Allah Ta'ala hingga ia mencabutnya. Dan barangsiapa mengata (mengumpat) seorang mukmin apa yang tidak ada pada dirinya (memfitnahnya) maka Allah akan menempatkannya pada lumpur api neraka sehingga ia keluar daripada apa yang diperkatakannya".  (Musnad Ahmad No: 5129) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Islam menghendaki supaya kita menjadi pengikut yang sentiasa taat dan patuh kepada ketetapan perintah dan hukum hakam.

2.  Setiap yang berhutang berkewajipan untuk segera menjelaskan hutang kepada pihak  peminjam. Orang yang tidak menjelaskan hutang tersebut di dunia, di akhirat nanti mereka perlu membayar dengan pahala dan sekiranya pahalanya habis, dia terpaksa menanggung dosa orang tersebut sebagai ganti.

3.  Setiap Muslim dilarang bermusuh juga mewujudkan permusuhan dengan orang lain.

4.  Setiap Muslim juga perlu sentiasa berakhlak mulia, tidak membuat tuduhan, mengumpat dan menghina orang lain.

5.  Setiap Muslim hendaklah sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan kebajikan dan menjauhi kemungkaran dan permusuhan. Bersikap tegas terhadap kekufuran dan berlemah lembut serta berkasih sayang sesama Muslim.

WORD 15

WORD 15

TAKE CARE OF YOUR BODY.

IT'S THE ONLY PLACE YOUR HAVE TO LIVE IN.

Julai 29, 2018

Kasih Dirundung Mega


Kasih Dirundung Mega

Sewaktu engkau melangkah pergi
aku tertikam dengan tuturmu
air mataku melungsur laju
bernafas aku dalam ketiadaanmu

Tiada yang teramat perih dalam hidup ini
setelah patah dahan asmara
laluan puncak hidupku
kini ketara diliputi mega

Yang pasti akhirnya aku kegelapan
betapa lamanya aku
mengatur langkah-langkah ini
di bawah panas terik matahari
biar hangus diri ini

Agar hilang semua siksaan
dan terbina hidup baru
tanpa aku menagih kasih
sebagai mana dahulu darimu

Aisya Ismail

Aisya Ismail

Wirid Selepas Solat

Wirid Selepas Solat

1.  Selepas memberi salam ke kanan
selepassalamkanan
2.  Selepas memberi salam kekiri
selepassalamkiri
3.  Semasa menyapu tangan ke muka.
semasamenyapumuka
4.  Semasa masih duduk dalam tahiyat akhir; (ayat 111 Surah al Isra’)
semasamasihduduk
5. Istighfar 3 kali atau lebih
istighfar
6.  Pengakuan Tauhid  10X
tauhid
7.  Memohon dijauhkan azab neraka
jauhazabneraka
8.  Memohon Keselamatan
keselamatan
9.  Baca Ta’awuz
taawuz
10.  Baca al Fatihah
alfatihah
11.  Baca Ayat 163 Surah Al Baqarah
AlBaqarah163
12.  Baca Ayat 255 Surah Al Baqarah / Ayat Kursi
AyatKursi
13.  Baca ayat 284 Surah Al Baqarah
AlBaqarah284
14.  Baca ayat 285 Surah Al Baqarah
AlBaqarah285
15.  Baca ayat 286 Surah Al Baqarah
AlBaqarah286
16.  Baca Ayat 18 Surah Al Imran
AlImran18
17.  Baca Ayat 19 Surah Al Imran
AlImran19
18.  Baca Ayat 26 – 27 Surah Al Imran
AlImran26
19.  Baca surah Al Ikhlas
alIkhlas
20.  Baca Surah Al Falaq
alfalaq
21.  Baca Surah An Nas
AnNas
22.  Baca Surah Al Fatihah 1 X
23.  Baca Tasbih
tasbih
24.  Baca Tahmid
tahmid
25.  Baca Takbir
takbir
26.  Pelengkap tahmid, tasbih & takbir
pelengkap
27.  Tahlil
tahlil
28.  Baca
tahlil2

Dalam Kesakitan Ini

Dalam Kesakitan Ini

Jika hendak disukat airmata ini
Memang tidak tersukat
Kelopak mata ku
Tak berair lagi

Jika hendak diukur cintaku pada mu
Pastinya tak terukur
Hatiku menangis
Di persada cintamu

Ku lihat diriku
Di penjuru hati
Dengan serpihan
Luka yang sepi ini

Dalam kesakitanku
Kau datang setiap pagi
Sesukanya hatimu
Terbiar ku sendiri

Kita yang bertemu
Dari keruntuhan
Kita yang terpisah
Dalam kesakitan

Inikah suratan
Atau pengajaran
Aku ataupun kau
Yang harus disalahkan

Kerana Terluka

Kerana Terluka  - Nurul

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan…

Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang…

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya…

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

Astaghfirullah

Astaghfirullah-hal-‘azim, allazi-la-ila-ha-illa-huwal-hayyul-qay-yumu, wa-atubu-i-laih


‘Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga dan aku bertaubat kepada-Mu.’

Sakit Terpanah - Spin

Sakit Terpanah - Spin

Hu..wo..oo..

Sudahlah hentikan semua
Permainan yang ku anggap
Sebuah cerita yang tak mungkin
Ku lupakan denganmu

Aku berharap bahagia
Hanya denganmu aku terpanah
Terpanah cinta hu..wo..wo..

Sakit terasa sakit wo...oo..
Mencintaimu membunuh aku
Jiwa ragaku hanya untuk dirimu ho...wo...oo...

Sudahlah hentikan semua
Permainan yang ku anggap
Sebuah cerita yang tak mungkin
Ku lupakan denganmu

Aku berharap bahagia
Hanya denganmu aku terpanah
Terpanah cinta hu..wo..wo..

Sakit terasa sakit wo...oo..
Mencintaimu membunuh aku
Jiwa ragaku hanya untuk dirimu ho...uu...wo...oo...

Hanya denganmu aku berharap bahagia
Hanya denganmu aku terpanah
Terpanah cinta hu..wo...

Sakit terasa sakit wo...oo..
Mencintaimu membunuh aku
Jiwa ragaku hanya untuk dirimu

Sakit terasa sakit wo...oo..
Mencintaimu membunuh aku
Jiwa ragaku hanya untuk dirimu ho...uu...

Hanya denganmu aku berharap bahagia
Sudahlah hentikan semua

Sumber

SEJARAH PENUBUHAN SPIN DAN KEMUNCULAN REAL SPIN.

SEJARAH PENUBUHAN SPIN DAN KEMUNCULAN REAL SPIN.

AWAL PENUBUHAN SPIN
Sebelum tertubuhnya band yang bernama SPIN ini, ahli band terdiri daripada Azren, Aidel, Amir dan Ali telah lama mengadakan persembahan di majlis kenduri kahwin sekitar Muar,Johor dan mereka mula aktif dalam bidang ini sejak umur mereka 15 tahun lagi.
Seseorang daripada FMC telah menawarkan kontrak kepada mereka untuk menjadi artis rakaman dibawah FMC Record. Tetapi Azren telah menyatakan bahawa band mereka belum bersedia untuk menjadi artis rakaman pada masa itu. Selepas 2 tahun kemudian, Abang Taufik iaitu drummer Rio dan Crossfire telah menerima arahan daripada Pengarah besar FMC untuk menawarkan sekali lagi pelawaan kepada Azren,Ali, Amir dan Aidel untuk menjadi artis dibawah mereka.
Pada hari seterusnya, Azren telah bermimpi bersama rakan-rakan mereka itu menjadi artis rakaman. Setelah itu, Azren telah menghubungi abang Taufik bahawa mereka bersetuju menerima tawaran tersebut, dan arahan Pengarah Besar FMC juga menyuruh Azren memujuk Amir,Ali dan Aidel untuk bersama mereka.Tetapi Amir tidak gembira dengan persetujuan itu dan beliau menolak untuk bersama-sama Azren, Ali dan Aidel diatas keputusan peribadi.
Semasa Azren,Ali dan Aidel bersama pihak FMC, mereka membuat keputusan untuk menamakan kumpulan mereka sebagai SPIN. Diatas ketiadaan vokalis dalam kumpulan SPIN ini, mereka hanya menunggu ketibaan vokalis untuk SPIN. Dalam masa yang sama, ayah kepada Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana, telah bercerita mengenai Achik iaitu sahabat baik kepada anaknya, Nana.
Pihak FMC terus membuat ujibakat kepada Achik dan mereka bersetuju untuk mengambil Achik sebagai vokalis kumpulan SPIN. Pada masa itu juga, Achik telah membawa Azren, Ali dan Aidel ke rumah Achik untuk berkenalan dengan keluarganya. Khalis ketika itu masih berumur 8 tahun lagi.
Pihak FMC telah memberi lagu Mengusung Rindu kepada kumpulan SPIN yang sepatutnya diberi kepada kumpulan SPOON, diatas masalah dalaman di dalam kumpulan SPOON ketika itu, kumpulan SPIN terus berlatih dan merakam lagu Mengusung Rindu selama 6 jam di Pro Studio Cheras Perdana. Mengenai lagu Gurauan Berkasih pula, ayah kepada Nana memberi idea ini kerana Achik lebih rapat bersama Nana, maka tercetusnya lagu Gurauan Berkasih.
Untuk album ke 2 SPIN, Azren berhajat untuk menukar genre lagu kepada genre ROCK, tetapi berdasarkan pasaran pada tahun 2000, membuat mereka meneruskan dengan melodi yang sama. Untuk album ke 3, Azren,Ali dan Aidel telah menarik diri diatas hal peribadi mereka. Dan pihak FMC telah mengantikan mereka dengan Aie Spin, Talhah, dan Raymie. Sebelum Azren, Ali dan Aidel beredar, Achik puas memujuk mereka untuk kekal bersama beliau, tetapi Azren memberitahu kepada Achik bahawa mereka akan kembali dalam SPIN pada masa akan datang. Walaupun mereka tidak bersama lagi, Azren, Ali dan Aidel masih berhubung dengan Achik dan berkembangan kumpulan SPIN.
Sebelum kejadian tragis dan menyedihkan seluruh rakyat Malaysia, Achik pernah memberitahu kepada Azren supaya menonton tv pada petang itu. Tetapi lebih menyedihkan Achik telah meninggalkan kita buat selama-lamanya pada malam tersebut.
KEBANGKITAN DAN KEMUNCULAN REAL SPIN
Selepas bertahun-tahun sunyi dalam industri seni, Azren telah didatangi oleh abang arwah Achik iaitu Alang, untuk membuat kemunculan kembali SPIN. Tetapi diatas kemunculan SPIN 2015, hasrat Azren terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu untuk memberi ruang kepada SPIN 2015. Sebelum kemunculan SPIN 2015, Awis (adik arwah Achik), Raymie dan Ida telah berjumpa Azren untuk memberitahu bahawa mereka akan membuat kemunculan kembali SPIN. Tetapi Azren juga memberitahu mereka bahawa beliau juga akan membuat kemunculan juga tetapi vokalisnya adalah Alang.
Diatas permintaan Alang, Azren memilih Khalis sebagai vokalis. Selepas setahun, SPIN 2015 membuat kemunculan, Azren menyahut cabaran Alang untuk membuat kemunculan dan memilih nama sebagai REAL SPIN, iaitu ahli asal kumpulan SPIN. Azren, Ali dan Aidel bersetuju untuk membuat kemunculan dan telah menanyakan kepada peminat bahawa mereka akan kembali dalam industri seni tanah air.
Diatas permintaan peminat juga,nama Khalis sekali lagi dipetik supaya menjadi vokalis REAL SPIN. Hadirnya seorang peminat SPIN ini, telah memberi nombor Khalis kepada Azren untuk menghubunginya. Seterusnya, Azren terus ke Senawang untuk berjumpa dengan Alang dan Khalis. Pada masa yang sama diatas restu seorang hamba Allah ini, Azren, pengurus Real SPIN dan Khalis telah ke pusara arwah Achik dan Azren menyatakan bahawa beliau telah kembali bersama adik Achik untuk menunaikan janji dan hasrat Achik yang belum tertunai.
Kini, Real Spin telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman iaitu Solaris Music & Entertainment dan menandatangani kontrak pada 5 Julai 2017.
AL-FATIHAH KEPADA ARWAH ACHIK SPIN