Pelumba Cub Prix Negara Meninggal Dunia
KOTA TINGGI - Pelumba Cub Prix, Hafiz Nor Azman, 22, yang bersaing pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 hari ini, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan di Dataran Bandar Penawar, dekat sini petang tadi.
Difahamkan, Hafiz, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi, di sini selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4 petang tadi.
Laman sosial Twitter, Kementerian Belia dan Sukan sebentar tadi mengesahkan bahawa Mohd. Hafiz disahkan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika beraksi dlm pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018. - K! ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”