Pages

Mac 11, 2020

SINOPSIS ISTERIKU 120KG

Isteriku 120kg

SINOPSIS ISTERIKU 120KG

Mengisahkan Aiman Zafril yang disyaratkan oleh Nenek Masyitah untuk mengahwini Nelydia sebelum harta keluarga dipindah milik kepada namanya. Nelydia merupakan rakan sepermainan Aiman ketika beliau berusia 7 tahun. Malangnya, Nelydia bukanlah pilihannya berdasarkan saiz badan yang besar.

Aiman tiada pilihan, dia perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, nenek Masyitah mahukan cicit pula. Jika tidak, jangan harap nenek Masyitah akan memberikan harta.

Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Tetapi lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya.

Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?

Drama 13 episod adaptasi novel 'Isteriku 120kg' karya Siti Nur Dhuha disiarkan bermula 12 Mac, setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 malam di TV1. 

Lakonan Amar Asyraf, Jaja Iliyes, Iswan Ismail, Afifah Nasir, Neera Azizi, Fauziah Nawi, Lisa, Mili Supina, Mak Wan ...

2 comments:

norhidana berkata...

ingatkan sherry alhadad yang berlakon, kalau dia berlakon mesti best... tapi drama ni mesti sedih kan sebab laki tu mata duitan heheheh

uncle gedek berkata...

Amboi tajok! haha

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!