Pages

Ogos 16, 2023

CARA BUAT CEKODOK PISANG RANGUP

Bahan-bahan

-5 biji pisang besar-besar

-2 sudu besar majerin

-5 sudu besar gula pasir (boleh kurangkan ikut citarasa)

-1 sudu kecil soda bikarbonat

-1 sudu kecil garam

*Semua bahan-bahan ni dilenyek sebati

Tujuan letak majerin untuk merangupkan tekstur luaran kulitnya bila digoreng dan dia merupakan guard supaya minyak tak diserap ke dalam isi dan pastinya akan ada kelainan rasa dalam jemput-jemput pisang tu…

Dah lenyek dengan sebati, masukkan:

-2 cawan tepung gandum

-Gaul saja bagi sebati dengan pisang yang dilenyek

-TAK PERLU LETAK AIR

-Rehatkan dia kejap dalam 10-15 minit

Lepas tu boleh la goreng macam goreng cokodok biasa dengan api sedang-sedang slow ya. Kalau guna api kuat, confirm hangit dan tak masak dalamnya.



Cik PoojaSiraplimau

1 comments:

Warisan Petani berkata...

Sedapnyer cekodok pisang buat kudapan petang

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!