HALIA MUDA @ HALIA TUA: PERBEZAANNYA DALAM MASAKAN
Halia Muda
Halia muda mempunyai kulit yang lebih licin dan berwarna kuning coklat.
Dari segi lain pula, halia muda memiliki bau dan rasa yang lebih lembut berbanding halia tua.
Halia muda biasanya digunakan dalam masakan stim atau kukus kerana aromanya yang lembut dan kurang pedas.
Halia Tua
Halia tua pula mempunyai warna kulit yang sedikit gelap dan kulitnya sedikit kasar. Bau dan rasanya juga lebih kuat dan tajam berbanding balia muda.
Halia tua ini sesuai digunakan dalam masakan tradisional seperti rendang, gulai, kari, masakan berkuah kerana kerana ia mempunyai aroma yang kuat dan sedikit pedas.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!