Kemeja-T

*Kemeja-T* _oleh Khairunnisaq_

Aku ada seorang teman serumah merangkap kawan pejabat yang mempunyai satu tabiat pelik. Johan namanya. Ke mana sahaja dia pergi, dia akan bawa sehelai kemeja-T yang sama. Hanya baju biasa dengan gambar anime di depannya. Tapi dia tak pernah pakai baju tu. Ada sekali dua aku ternampak dia peluk baju tu sambil nangis. Dah nampak macam tu, tahulah aku yang baju tu bermakna untuk dia. Tapi tak pernahlah pula aku nak tanya.

Suatu hari tu….

“Mangkuk! Kau basuh baju aku!” Johan menengking. Dari dalam bilik, aku dah tahu apa yang berlaku. Ni mesti seorang lagi rakan serumah kami yang sengal-sengal ubi sikit tu basuh baju kesayangan Johan. Lupi namanya. Aku kena keluar selamatkan budak tu daripada jadi korban pembantaian.

“Dah busuklah. Aku tolong basuhkan je.”

“Kau tahu tak baju tu ex aku punya? Kau boleh dapatkan balik bau ex aku ke?”

Terus darah aku menyirap. Mungkin Johan yang akan jadi korban pembantaian aku dan Lupi hari ini.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini