“Abah dah balik! Abah dah balik!” jerit anak kecil berumur 9 tahun itu. Mendengar sorakan gembira, si adik yang muda setahun daripadanya berlari ke arah pintu. Zam ketawa kecil kerana dia hanya bergurau pada si adik. Man mencebik bibir pada Zam kerana dirinya dipermainkan.
“Zam, jangan buat macam tu dekat adik. Abah akan pulang kejap lagi. Dah nak pukul 8 malam.” Si ibu menegur perbuatan Zam, sekaligus memujuk Man.
“Abah balik! Abah dah balik!” kata Zam sekali lagi. Man berlari sambil membuka pintu. Ternyata Zam mempermainkannya lagi. Dia merajuk sambil menghempas pintu. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi motosikal di luar rumah.
“Abah dah balik!” jerit Zam. Kali ini, Man tidak percaya. Benar, abah dah balik. Zam pegang tangan abah.
“Abah dah balik kan?” kata Zam bangga. Telefon ibu berdering.
“Ibu, abah pulang lewat malam ni. Kena kerja lebih masa.” Ibu tersentak sambil memandang ‘abah’ yang sedang makan di meja dapur. Tangannya menggeletar. Cereka
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!