Isyarat Dari Tubuh Yang Tidak Bersuara


Isyarat Dari Tubuh Yang Tidak Bersuara
Signals From the Body That Cannot Speak

Setiap rasa yang datang tanpa amaran, bukan untuk menakutkan — tetapi untuk menyedarkan.
Every sensation that arrives without warning is not meant to frighten us — but to awaken us.


Bahagian Melayu

Aku sedang berdiri. Tidak berlari. Tidak tergesa. Namun tiba-tiba, tubuh ini seakan memberontak. Sakit menyelinap ke seluruh badan tanpa salam. Dalam saat yang sama, bayangan seseorang hadir di fikiran. Dan entah dari mana, terbit satu bisikan halus: “Ada masa aku tiba.”

Sepuluh minit berlalu. Perlahan-lahan, sakit itu surut. Seolah-olah ia tidak pernah singgah. Namun jiwa tahu — sesuatu telah disentuh.

Dugaan hari ini belum selesai. Kaki kiri, dari lutut ke bawah, terasa berat. Seperti ditarik, diseret, mengkarung setiap langkah. Aku berjalan, tetapi bukan dengan mudah. Aku bergerak, tetapi tubuh ini meminta difahami.

Kadangkala, tubuh berbicara dengan cara yang kita tidak fahami. Ia tidak menjerit. Ia hanya memberi rasa. Dan bila kita terlalu lama menahan — tubuh akan mencari jalannya sendiri untuk mengingatkan.

Ini bukan kisah tentang kelemahan. Ini kisah tentang isyarat. Bahawa aku masih di sini. Masih bernafas. Masih bertahan.

Jika hari ini aku berjalan perlahan, itu bukan kerana aku menyerah. Tetapi kerana aku sedang belajar mendengar tubuh yang telah lama aku diamkan.


English Version

I was standing still. Not rushing. Not running. Yet suddenly, my body rebelled. Pain spread across me without warning. At the same moment, an image of someone surfaced in my mind, followed by a quiet thought: “Maybe my time has come.”

Ten minutes passed. The pain slowly faded, as if it had never existed. But the soul knows — something had been stirred.

The day’s trial was not over. My left leg, from the knee downward, felt heavy — dragging, cramping with every step. I walked, but not with ease. I moved, but my body was asking to be understood.

Sometimes, the body speaks in a language we do not recognize. It does not scream. It simply sends sensations. And when we ignore them for too long, the body finds its own way to remind us.

This is not a story of weakness. This is a story of signals. Proof that I am still here. Still breathing. Still enduring.

If today I walk slowly, it is not because I am giving up, but because I am finally learning to listen to a body I kept silent for far too long.

Catat Ulasan

0 Ulasan