Raya Sendiri

🌙 Raya Sendiri

Raya sendiri,
Suka sendiri…
Setiap tahun begini,
Aku kata “happy”… walau hati sunyi.

Dulu raya penuh rasa,
Kini sekadar hari yang sama,
Takbir bergema… tapi tak sampai ke jiwa,
Seolah hati sudah kebal tanpa rasa.

Bukan tak mahu gembira,
Cuma entah di mana hilangnya makna,
Senyum masih ada di wajah,
Tapi di dalam… kosong tak bernama.

Namun aku tetap di sini,
Menyambut dengan cara sendiri,
Belajar menerima sunyi ini,
Sebagai sebahagian dari takdir yang diberi.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Kalau rasa itu sudah hilang,
Tak apa…
Kadang-kadang, kita cuma sedang belajar merasa semula. 💙


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”