Menulis Bukan Mengejar Populariti
Menulis
Bukan mengejar populariti
Bukan tunjuk hebat
Bukan mengungkap kesakitan
Bukan memohon simpati
Menulis...
Sekadar luahan hati
Sekadar ungkapan diri
Sekadar melegakan hati
Terpulang apa yang anda fikirkan.
Cukup aku tahu sebab di sebalik setiap penulisan.
Terima kasih
Kepada yang singgah
Kepada yang membaca
Kepada yang berkongsi cerita
Dan kepada yang memahami tanpa banyak bicara.
“Kadang-kadang tulisan lahir bukan untuk difahami semua orang,
tetapi untuk menyelamatkan hati yang terlalu lama diam.”
Samalah kita. Menulis untuk luahkan apa dalam hati saja, suka-suka. Ada orang baca, Alhamdulillah. Tak ada yang singgah, pun tak apa. Saja, suka-suka dan untuk rekod aktiviti harian juga.
BalasPadam