Julai 25, 2020

11 Makanan Penyebab Sakit Kepala & Migrain. Awas, Memang Sedap-sedap Belaka

11 Makanan Penyebab Sakit Kepala & Migrain. Awas, Memang Sedap-sedap Belaka



“Aduh, sakit kepala berdenyut-denyut tiba-tiba. Susahnya nak fokus buat kerja, dahlah penting nak submit kejap lagi. Macam mana boleh jadi sakit kepala ni?”
Sesetengah orang memang selalu diserang sakit kepala atau migrain. Kadang-kadang sakit kepala ini boleh berlanjutan hingga berhari-hari.
Menurut laman web kesihatan WebMD, punca migrain sebenarnya tidak diketahui secara tepat. Namun, doktor berpendapat bahawa ia boleh dicetuskan oleh perubahan hormon, pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan, kekurangan tidur dan sebagainya. Sebenarnya, diet seseorang juga boleh menjadi pemicu sakit kepala atau migrain.

11 JENIS MAKANAN PUNCA MIGRAIN & SAKIT KEPALA

1. PEMANIS TIRUAN (ARTIFICIAL SWEETENER)

Pemanis tiruan atau artificial sweetener banyak digunakan sebagai alternatif bagi mereka yang mengalami diabetes atau yang ingin berhasrat menguruskan badan. Namun menurut Mayo Clinic, aspartame yang menjadi kandungan utama pemanis tiruan ini disyaki menjadi punca sakit kepala.
Kebanyakan makanan segera atau makanan diproses juga mengandungi pemanis tiruan tanpa anda sedari. Antara yang paling biasa mengandungi bahan ini adalah diet soda.
punca migrain
Foto Kredit: Pritikin Longevity Center

2. COKLAT

Bagi kebanyakan wanita, coklat adalah sumber kebahagiaan dan penenang jiwa. Tapi malangnya, coklat mengandungi beberapa jenis kombinasi bahan yang menjadi formula sakit kepala seperti kafein, tyramine, dan phenylethylamineAmerican Migraine Foundation juga menyenaraikan coklat sebagai pemicu migrain yang kedua tertinggi selepas alkohol.
Jadi, jika anda penggemar tegar coklat dan sering alami sakit kepala, mungkin anda harus cuba mengehadkan pengambilannya dalam diet harian.

Foto Kredit: foodtribute.com

3. MSG & PENGAWET

Monosodium glutamat atau lebih dikenali sebagai MSG adalah sejenis asid glutamik yang sering ditambah dalam hidangan sebagai penyedap makanan. Walaupun ianya selamat untuk dimakan, sesetengah penyelidik mengaitkannya sebagai pencetus migrain.
Sesetengah pengawet yang terdapat dalam makanan, terutamanya makanan segera atau makanan diproses juga boleh menjadi punca sakit kepala.

Foto Kredit: foodnavigator-asia.com

4. PISANG & AVOCADO

Pelik juga bila pisang dan avocado dikaitkan dengan punca migrain, sedangkan ia memiliki begitu banyak manfaat terhadap kesihatan.
Namun menurut Jennifer Kriegler dari Center for Neurological Restoration di Cleveland Clinic, kedua-dua buah ini mengandungi kadar tyramine yang tinggi.
Sekiranya tubuh seseorang kekurangan enzim monoamine oxidase (MAO) atau mengambil ubat antidepressant, ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lebih teruk lagi.

Foto Kredit: 9coach.com

5. SOSEJ

Sosej dan daging-daging yang diperap lama untuk mengekalkan warna dan rasanya merupakan salah satu lagi punca sakit kepala. Makanan seperti ini dipercayai membebaskan nitrik oksida ke dalam darah, lalu menyebabkan pengembangan salur darah pada otak.
Menurut Reader’s Digest, terdapat bukti saintifik yang menyatakan bahawa nitrik oksida ini boleh menyumbang kepada migrain.

6. JERUK

Kandungan tyramine yang tinggi dan menyebabkan sakit kepala boleh terdapat dalam makanan yang melalui proses fermentasi seperti jeruk-jeruk dan kimchi.
Selain itu, keju parmesan, keju feta atau blue cheese turut mengandungi kandungan tyramine yang tinggi.

7. MAKANAN MASIN

Makanan yang ditabur banyak garam seperti kentang goreng atau kerepek boleh menjadi punca sakit kepala bagi sesetengah orang.
Garam atau sodium ini boleh menaikkan tekanan dalam darah lalu menyebabkan sakit kepala atau migrain.
"French Fries" tidak bagus untuk kesihatan

8. ROTI

Sakit kepala yang anda alami mungkin juga salah satu simptom alahan terhadap gluten. Gluten adalah produk makanan yang terhasil daripada gandum.
Selain roti, gluten juga biasanya terkandung dalam makanan lain seperti biskut, kuih atau pasta.
cara kurang masin
Foto Kredit: habitfresh.com

9. KOPI

Seperti yang kita tah, kopi mengandungi kafein yang boleh menjadi punca sakit kepala. Tapi mungkin anda terkejut kalau mengetahui bahawa kekurangan kafein juga boleh mendatangkan sakit kepala tersebut!

Foto Kredit: http://www.substance.com/

10. DAGING KAMBING

Orang kata kambinglah punca utama rasa pening kepala. Sebenarnya, pesakit darah tinggi yang selalu merasakannya kerana ia merupakan tindak balas daging akibat peningkatan isi padu darah apabila memakan daging kambing.
melembutkan daging
Foto Kredit: ood.thefuntimesguide.com

11. DURIAN

Memang ada orang yang tak boleh makan durian sebab senang kena pening kepala. Walaupun memiliki nutrisi yang berkhasiat. namun durian adalah buah yang tinggi kalori.
Kadar gula di dalamnya juga agak tinggi dan orang Malaysia memang tak cukup kalau makan seulas. Jadi, pengambilannya yang berlebihan secara tidak langsung meningkatkan kadar gula di dalam darah anda dan menyebabkan sakit kepala.

TABIAT PEMAKANAN YANG BAIK JUGA PENTING

Jadi jika anda sering diserang sakit kepala, cuba catatkan semua jenis makanan yang anda makan supaya anda dapat mengenalpasti makanan yang menjadi puncanya. Elakkan makanan yang menjadi suspek dan lihat kesannya setelah anda menghindarkan makanan tersebut daripada diet harian anda.
Selain makanan-makanan di atas, sebenarnya pakar kesihatan mempercayai bahawa tabiat makan anda sehari-hari juga boleh mencetuskan migrain atau sakit kepala. Anda mudah diserang sakit kepala jika anda:
  • Makan tak tentu masa
  • Tak minum air secukupnya
  • Selalu skip makan
Namun seandainya anda masih sering diserang sakit kepala dengan kerap, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
*Kredit : Sirap Limau

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!