
Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat yang menerima pinjaman Persekutuan berjumlah hampir AS$4 juta (RM17 juta) telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kereta sport Lamborghini Huracan dan pembelian palsu lain.
Susulan daripada perbuatannya, David T Hines, 29, dari Miami semalam telah didakwa dengan tiga feloni termasuk melakukan penipuan bank, pernyataan palsu kepada institusi pinjaman dan transaksi tidak sah.
Menurut pendakwa raya di Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Selatan Florida, Hines menyertai beberapa pemilik perniagaan lain untuk mendapatkan bantuan kewangan di bawah program pinjaman.
Menerusi borang permohonannya, dia mengaku mengendalikan empat perniagaan bersama 70 kakitangan dan menanggung kos perbelanjaan AS$4 juta (RM17 juta) setiap bulan.
Menjelang Mei, dia mula menerima wang bantuan tersebut secara berperingkat dan menghabiskan untuk membeli barang kemas mewah, pakaian berjenama dan berkunjung ke resort di Miami Beach.
Jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 70 tahun. - Agensi
Sumber : SinarHarian
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”