Hafidz Roshdi dan Eyka Farhana dalam My Sweetheart Hannan

My Sweetheart Hannan

Nantikan drama 26 episod adaptasi novel 'My Sweetheart Hannan' karya Nureen Mirza, gandingan Hafidz Roshdi dan Eyka Farhana di saluran RTM.   

SINOPSIS MY SWEETHEART HANNAN

Hannan dan Hizzad pernah berkahwin, dan bercerai. Pertemuan semula selepas dua tahun membuatkan Hizzad sedar dia masih punya perasaan terhadap Hannan. Namun, hati Hannan tidak mudah dilembutkan, lantaran luka yang pernah Hizzad tinggalkan.

Namun, takdir menyatukan mereka kembali ke gerbang pernikahan. Bermulalah suka duka dalam perkhawinan kedua Hizzad dan Hannan. Berhadapan dengan kebencian mak mentuanya, buatkan Hannan meraup dada. Sofea dan Adam pula sentiasa berbuat onar untuk meruntuhkan mahligai baru mereka.

Ditambah lagi dengan kehadiran mesej misteri seringkali buat Hannan pening kepala. Dapatkah Hizzad dan Hannan menjulang bahagia? Atau rumah tangga yang dibina kali kedua ini bakal ranap seperti yang pertama?


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”