Julai 17, 2020

Kisah Nabi Ayub as


Nabi Ayub ‘Alaihissalam




1) Nabi Ayub lahir dari keturunan nabi Ishak dan isterinya yg bernama Rahma lahir dari keturunan nabi Yusuf. Ibu nabi Ayub pul...a lahir dari keturunan nabi Lut. Kiranya mereka semua dtg dari keturunan nabi Ibrahim. Org putih kata, the House of Abraham. Nabi Ayub dikurniakan dgn kekayaan, tubuh badan yg sihat, anak yg ramai, keimanan yg teguh dan dia sgt dihormati oleh kaumnya. Bila dia berdakwah, semua org berebut2 nak dgr. Semua nak mendampinginya.

2) Ditakdirkan nabi Ayub ditimpa ujian Allah satu persatu. Pertama, Allah tarik balik kekayaannya. Segala harta, rumah, haiwan ternakan, semuanya musnah dan hilang. Nabi Ayub jatuh miskin dgn sekelip mata. Kemudian Allah tarik balik zuriatnya. Nabi Ayub mempunyai ramai anak namun satu persatu anaknya mati di depan matanya sehingga tak ada lagi anak yg hidup. Setiap kali anaknya meninggal dia cuma berkata, “segalanya milik Allah dan setiap manusia akan pulang kepada-Nya.” Kemudian Allah tarik pula kesihatannya. Nabi Ayub jatuh sakit yg amat teruk sehinggakan tinggal lidah dia saja yg boleh bergerak dan dia gunakan utk memuji Allah. Organ dalamannya menjadi rosak dan dia mendapat penyakit kulit yg merosakkan kulit di seluruh badannya sehingga rupanya susah utk dikenali. Disebabkan penyakit kulitnya, org ramai mula menjauhinya sehingga tak ada lagi yg ingin mendampinginya. Nabi Ayub sgt sabar. Walaupun satu persatu musibah dtg melanda, hatinya tetap teguh beriman kpd Allah. Nabi Ayub tak pernah complain atau minta Allah hilangkan kesengsaraannya, dia sgt sabar dan menerima sahaja ketentuan Allah.




3) Nabi Ayub kehilangan segalanya kecuali satu iaitu isterinya. Rahma bersama-sama mengharungi segala ujian yg ditimpa suaminya dan menjaga suaminya ketika sakit. Dia menghabiskan hartanya utk membeli ubat-ubatan dan makanan utk suaminya. Bila duitnya juga dah habis, dia terpaksa mencari kerja. Semua org tahu tentang penyakit nabi Ayub. Bila Rahma pergi mencari kerja dari org ramai, mereka enggan menerimanya kerana takut berjangkit penyakit kulit nabi Ayub. Tak ada sorang pun yg nak ambik dia bekerja. Rahma sedih dan mengeluh kpd nabi Ayub. Dia bertanya, “sampai bila kita nak jadi mcm ni?” Nabi Ayub bertanya balik, “berapa lama telah aku hidup dlm kesenangan?”, Rahma jawab, “80 tahun.” Nabi Ayub tanya lagi, “dan berapa lama telah aku hidup dlm kesusahan?”, Rahma jawab, “7 tahun.” Kemudian Nabi Ayub balas, “jadi bagaimana aku nak mengeluh kalau kesengsaraanku amat kecil berbanding kesenangan yg telah Allah berikan kpd aku? Aku berjanji, bila aku sihat nanti aku akan merotanmu sebanyak 100 kali”. Nabi Ayub marah sbb isterinya mengeluh dgn ketentuan Allah.
(FYI: umur org dulu2 tak sama mcm umur kita skrg. Kalau kita umur 80 tu dah tua sbb life-span org skrg pendek berbanding zaman nabi2 dulu yg boleh hidup sampai 100-300 tahun.)




4) Makin hari, Rahma menjadi semakin desperate utk mencari duit. Dia perlukan duit utk beli makanan dan ubat utk suaminya. Rahma decide utk memotong rambutnya yg panjang dan menjualnya. Dpt la duit sikit utk beli makanan utk suaminya. Bila nabi Ayub tanya mana dia dpt duit, Rahma takut nak beritahu perkara sebenar sbb dia tahu suaminya akan marah. Jadi Rahma ckp yg dia bekerja dan mendapat upah. Rambutnya satu2nya harta yg tinggal jadi dia membotakkan sebahagian kepalanya sikit2 dan menjual rambutnya. Nabi Ayub tak sedar keadaan rambut isterinya kerana dia sentiasa menutupi kepalanya. Sehingga satu hari, Rahma terpaksa membotakkan seluruh kepalanya utk membeli makanan utk suaminya. Kali ni nabi Ayub bertegas utk tahu dari mana Rahma dpt duit kerana dia tahu yg org ramai enggan mengambilnya bekerja. Rahma membuka kain di kepalanya dan tunjukkan kepalanya yg sudah botak.




5) Lepas nabi Ayub tgk keadaan isterinya, akhirnya dia berdoa kpd Allah meminta bantuan - refer Quran (21:83). Allah turunkan wahyu kpd nabi Ayub yg terlantar sakit tu utk menghentakkan kakinya. Bila nabi Ayub menghentak kakinya, keluar memancut air yg sejuk dari bawah tapak kakinya utk nabi Ayub minum dan mandi - refer Quran (38:42). Lepas nabi Ayub meminum air yg sejuk tu, semua organ dalamannya kembali pulih dan kulitnya diganti dgn kulit baru. Kesihatannya kembali pulih, malah lebih sihat dari sebelumnya. Bila Rahma balik, nabi Ayub tiada di tempat biasa lalu dia mencari suaminya. Bila nabi Ayub dtg kpd isterinya, Rahma tak cam rupa suaminya sbb dah lama sgt sakit sehingga dia lupa rupa asal suaminya. Dia pun bertanya kpd lelaki yg dia tak kenal tu kalau ada nampak suaminya. Nabi Ayub berkata, “ini aku, Ayub, suamimu. Allah telah mengurniakan aku kesihatan.”




6) Allah telah menurunkan ujian ke atas nabi Ayub utk menguji kesabaran dan keimanannya. And he passed the test. As a reward, Allah kurniakan kpd nabi Ayub zuriat dua kali ganda lebih ramai dari sebelumnya - refer Quran (38:43). Dan sebuah hadis ada menceritakan, ketika nabi Ayub sedang mandi, Allah turunkan belalang emas dari syurga menghujani tempat mandinya. Nabi Ayub kumpulkan belalang emas tu dan bersyukur ke atas kurniaan Allah.




7) Kegembiraan kembali kpd nabi Ayub. Tapi dia ada satu lagi isu yg belum selesai. Dia telah bernazar utk merotan isterinya sebanyak 100 kali. Allah turunkan wahyu kpd nabi Ayub utk mengumpulkan 100 batang lalang dan merotan isterinya sebanyak satu kali, dan hutang nazarnya akan selesai - refer Quran (38:44). Maka nabi Ayub pun merotan Rahma sebanyak satu kali menggunakan 100 batang lalang. Sampai tahap tu Allah kasih dan bantu nabi Ayub.




8 ) Moral of the story is; seteruk mana pun keadaan hidup kita, bersabarlah. Allah sedang menguji kita. Dan ganjaran utk sabar tu sgt2 besar. Just wait and see.




#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus


kredit  http://zzzyy.blogspot.com/

1 ulasan:

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut