Julai 13, 2020

RESEPI : Kek Kurma Moist Tanpa Telur Oleh MaisarahSidi.com

Resepi Kek Kurma Moist Tanpa Telur Oleh MaisarahSidi.com


Bahan-bahan:
(Untuk loyang bersaiz 6 inci)
17 biji kurma lembut bersaiz kecil,dibuang biji
1 cawan tepung gandum 
3/4 cawan susu UHT 
1/4 cawan gula perang  
1/2 cawan Buttercup cair/minyak sayuran 
1 sudu teh esen vanila 
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya:

1. Buah kurma dibuang biji. Kemudian, kisar kurma bersama susu UHT sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisar tadi bersama gula perang ke dalam satu bekas. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking soda yang diayak bersama, kemudian kacau sebati.
4. Tambah esen vanila dan digaul lagi sehingga sebati.
5. Setelah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega. Ratakan adunan di dalam loyang. Hiaskan permukaan adunan dengan hirisan buah kurma.
3. Sebelum membakar, panaskan oven pada suhu 180ºC selama 10 minit.
Masukkan loyang adunan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180ºC selama 35 minit. Setalah siap dibakar, periksa kek dengan lidi. Kalau kek tak melekat pada lidi, tandanya sudah masak. 

Tonton video di bawah untuk melihat lebih jelas cara membuatnya:


Sumber : MaisarahSidi.com

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!