Pemulaan hari kena betul dengan emosi yang betul

Pemulaan hari kena betul dengan emosi yang betul

Bangkit tidoq ja first kena rasa bersyukur dulu sebab masih bernyawa. Masih ada pekerjaan nak pi qeja cari makan

Ada anak isteri/suami, ibu bapa, adik beradik untuk berada di sebelah atau belakang kita. Apa yang buat emosi tak okay bila kita tau kita ada banyak sangat dalam hidup untuk dihargai? 

Tak happy dengan qeja? Pi cari qeja lain atau buat qeja yang buat kita happy. Mudah ja. Buat apa nak complicate otak dan jiwa sampai bad mood? Sampai emosi tak okay?

Emosi kena jaga dulu. Kena didik minda untuk didik emosi supaya hari kita lebih tenang. Satu tips, kena tau apa yang kita nak dan apa tujuan kita dalam hidup ni. Baru dapat buat apa yang kita nak buat. Yang penting akan lebih tenang. 

Semoga tenang hari ini dan esok lusa tulat tunggin (kata orang penang) 

Mental, sikap, emosi - 3 ni sangatlah penting. 3 ni kena stabil. Baru kita pun stabil. 

Kalau kau masih membaca sampai sini
mungkin tulisan ini sedang memeluk hati kau dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

2 ulasan:

  1. Dulu saya tak best bekerja melayan customer. after 3years i quit dan now kerja i sangat enjoys. i happy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun begitu, mula kerja rasa nak ponteng saja, lama-lama dah rasa selesa nak bercuti walau sehari pun sayang...

      Padam

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”