Julai 21, 2020

7 Hari Mencintaiku 2 (2020) | Episod 13

7 Hari Mencintaiku 2 (2020) | Episod 13

Mak Leha marah, bengang kerana disebabkan mulut Mia Adriana, hubungannya dengan Nurul Ain renggang. Nurul Ain mengelak dari menjawab panggilannya. Semakin hari dia semakin menyampah melihat perangai biadap Mia Adriana terhadap suaminya. Mak Leha lepaskan marahnya apabila Nadia tiba-tiba mengubah fikiran menolak pinangan Husni. Dia tahu Nadia termakan hasutan Mia Adriana. Nadia pula membela kakak iparnya, keputusan yang dibuat tidak ada kena mengena dengan Mia Adriana. Mia tidak mahu mengalah, semakin menjadi-jadi biadapnya sehingga sanggup mengugut emak mentuanya. Tetapi apabila di depan suaminya, dia berpurap-pura baik seperti tidak ada apa yang berlaku. Apabila Mak leha menceritakan kepada suaminya tentang sikap buruk Mia Adriana, Pak Samad tidak pernah percaya malah Mak Leha yang disalahkan dan membela Mia Adriana.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!