Fira (Oktovia Manrose) menerima tugasan daripada bosnya, Puan Suraya (Sharmaine Farouk) untuk mencarikan jodoh untuk Dani, anak kepada rakan karibnya. Di saat bertemu Dani, Fira terjatuh hati pada Dani tetapi dia menyimpan perasaannya untuk bersikap profesional sebagai ejen mencari jodoh.
Haris (Ikmal Amry), anak kepada Puan Suraya mula rasa bimbang kerana dia sebenarnya menyukai Fira dalam diam. Haris mula rasa tergugat dengan Dani. Kegagalan Fira untuk melawan perasaannya menyebabkan Fira tidak tentu arah. Malahan, Fira sanggup menemukan Dani dengan calon palsu agar dapat memberikannya lebih banyak masa untuk memenangi hati Dani.
Fira mula berubah untuk menepati ciri-ciri wanita idaman Dani. Calon yang dicarikan oleh Fira nampaknya padan dengan Dani apabila hubungan Dani dan Sara (Sharifah Husna) bermula dengan baik. Fira rasa kecewa dan mula menerima hakikat bahawa cinta Dani tidak akan menjadi miliknya. Namun, Dani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Sara.
Dani bersemuka dengan Fira dan mengatakan dia tahu akan rancangan Fira yang sengaja mencarikan calon yang tidak sesuai untuknya. Fira menidakkannya dan mempertahankan diri dengan mengatakan Sara ialah calon paling sesuai untuk Dani. Pada masa yang sama, Haris telah meluahkan isi hatinya dan berusaha untuk memikat hati Fira. Apakah kesudahan kisah cinta mereka?
Drama Bila Cupid Jatuh Cinta disiarkan pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 bermula 4 julai 2020.
Lakonan Elfira Loy, Ikmal Amry, Sham Visa, Sharmaine Farouk, Sharifah Husna, Bella Dowana, Dynas Mokhtar, Elizad Sharifuddin ...
cite drama cinta yg pastinya menarik perhatian peminat drama TV.:)
BalasPadam