Pages

Julai 30, 2020

Youtuber : Sugu Pavithra kembali beraksi di Youtube

Selepas menggemparkan negara dengan isu rumah tangga yang kontroversi, pasangan suami isteri, M Sugu dan S Pavithra kembali menemui peminat menerusi video masakan terbaharu di Youtube.
Masih menjadikan juadah tradisi masyarakat India, video resipi dalca tulang kambing itu mencatatkan 46,000 tontonan selepas dua jam dimuat naik.


Seperti biasa, mereka menyediakan masakan dengan cara mudah, namun menyelerakan, malah sempat memberi beberapa tips atau petua masakan.
Dalam video itu, Pavithra memberi petua khas untuk mengelakkan terung dari bertukar warna menjadi lebam, iaitu merendam sayuran berkenaan di dalam air bergaram.
Pasangan dikenali sebagai 'Sugu Pavithra' mula menjadi perhatian apabila video masakan mereka yang dimuat naik di Youtube menjadi tontonan ramai.
Sikap bersehaja keduanya, dan kefasihan Pavithra bertutur dalam bahasa kebangsaan membuatkan nama mereka meniti di bibir ramai, merubah status keduanya menjadi selebriti.
Pasangan itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi apabila Sugu ditahan polis kerana memukul isterinya pada 21 Julai lalu.
Beliau yang turut didakwa atas kesalahan memiliki senjata berbahaya bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!