Ogos 09, 2023

Bola untuk Adam

*Bola Untuk Adam* _oleh Cikgu Sarah_

Adli resah. Berulang kali jam di lengannya dikerling. Waktu Maghrib hampir berlabuh.

“Adam sudah pulang, encik,” maklum pengawal sekolah.

“Adam hilang?!” jerit isterinya di talian.

Adli buntu. Bola yang baru dibeli tadi terletak elok di atas kerusi penumpang.

“Papa, bila nak belikan bola baru? Bola yang kami main tu dah lembik,” pinta Adam untuk sekian kali.

Sudah lebih sebulan permintaannya itu tidak diendahkan. Setiap kali pulang daripada latihan, Adam akan mengulang soalan yang sama.

“Nantilah. Papa sibuk!”

Adli menyusur jalan di kawasan sekitar. Masuk dan keluar kampung serta taman perumahan. Kelibat Adam tidak kelihatan baik di masjid dan surau. Adli terus mencari biarpun kelelahan setelah pulang bekerja. Malam kian larut. Hatinya dihimpit cemas bukan kepalang.

“Abang, Adam dah balik! Luka-luka, dilanggar motosikal waktu melintas jalan,” beritahu isterinya.

“Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah!”

Lopak mata Adli bergenang. Dia nekad. Sesibuk mana pun, Adam mesti diutamakan!

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!