*Tak Cukup Bagus* _oleh Khairunnisaq_
Lia penat. Dia rasa dia tak cukup bagus. Mudah diungkap kata namun sukar digambar rasa. Ia seperti menjalani hari dengan baju yang basah lencun disiram air. Berat, dingin, janggal, memalukan, tak selesa. Namun, baju itu tak pernah mengering walau seterik apa pun mentari.
Ketika dia bekerja, Lia merasakan seperti dirinya selalu membuat kesilapan. Dia merasakan dirinya seakan menghambat rakan-rakan yang lain daripada terus maju. Lia juga sering kali melihat bahawa banyak yang kurang pada dirinya berbanding orang lain. Gerak kerjanya perlahan dan… kurang bagus.
Dia cuba untuk meningkatkan kemahiran. Dia juga merasakan dirinya bertambah baik. Namun, seringkali rasa itu ditolak dan dihenyak ragu. Walau berkali-kali diberitahu bahawa dia melaksanakan kerjanya dengan baik-baik saja, tetap saja dia merasakan dia tidak layak berada di situ.
Lia penat… tapi rasa itu takkan pergi selagi dia menghalangnya untuk pergi. Lia sedar dia masih banyak kurangnya. Lia juga sedar kurangnya dia bukan selama-lamanya. Dia boleh belajar nanti. Biarpun perlahan, dia akan berada di tahap yang dia mahukan nanti. Yang basah juga akan kering juga nanti.
Baju Lia masih basah, namun kini… dia tahu cara untuk menari di dalam hujan. Kepada sesiapa yang melihat dirinya di dalam Lia, percayalah, kalian baik-baik sahaja…
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!