BrasÃlia: Lelaki yang dipercayai tertua di dunia, meninggal dunia pada usia 127 tahun di negara asalnya, Brazil, Jumaat lalu.
Jose Paulino Gomes meninggal dunia kira-kira tujuh hari sebelum ketibaan ulang tahunnya yang ke-128 di rumahnya di Corrego del Cafe di Pedra Bonita, negeri Minas Gerais.
Menurut laporan, lelaki itu masih menunggang kuda sehingga empat tahun lalu.
Menurut sijil perkahwinannya pada 1917, dari pejabat pendaftaran Pedra Bonita, Gomes dilahirkan pada 4 Ogos 1895.
Jika dakwaannya mengenai umurnya betul, ini bermakna Gomes dilahirkan sebelum kematian Ratu Victoria, hidup ketika kedua-dua Perang Dunia dan pandemik Covid-19 yang sudah masuk tahun ketiga.
Willyan Jose Rodrigues de Souza, yang juga penasihat undang-undang kepada pendaftar awam, Cartorio Silva berkata, Gomes berkahwin pada usianya 22 tahun.
"Diandaikan dia memang dilahirkan sebelum 1900. Lelaki jarang berkahwin pada usia 17 tahun," katanya berdasarkan rekod warga emas itu.
Menurut Rekod Dunia Guinness (GWR), pemegang rekod untuk individu paling tua yang masih hidup adalah milik Maria Branyas Morera dari Sepanyol, kini berusia 115 tahun.
Cucu kepada Gomes, Eliane Ferreira berkata, datuknya seorang yang sederhana dan sangat merendah diri.
"Dia tidak suka bandar dan sukakan tempat tenang dan alam semula jadi.
"Dia juga makan makanan daripada haiwan yang diternak sendiri," katanya.
Menurut keluarganya, punca kematian Gomes ialah kegagalan pelbagai organ, mungkin disebabkan usianya yang sudah tua.
Dia dikebumikan di Tanah Perkuburan Corrego dos Fialhos di Pedra Bonita pada 29 Julai lalu.
Gomes meninggalkan balunya serta tujuh anak, 25 cucu, 42 cicit dan 11 cicit.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!