Selepas menjalani pelbagai ujian di Zhuzhou, China sejak Mac lalu, ART pertama dunia dengan kuasa hidrogen akhirnya tiba di Sarawak pada Jumaat lalu. Ini diumumkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Trem pertama ini akan menggunakan nama Bulan sempena nama lokomotif pertama Kereta Api Kerajaan Sarawak yang beroperasi antara 1841 hingga 1946.
Trem yang terdiri daripada tiga gerabak ini akan memulakan operasi di Samarahan dengan ia digunakan oleh pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pembayaran akan dilakukan secara niturnai sepenuhnya menggunakan Sarawak Pay.
Kemudian pada bulan September hingga Oktober, ia akan memulakan perkhidmatan antara Kuching dan Samarahan dalam ujian pengesahan konsep fasa kedua. ART kuasa hidrogen adalah sistem pengangkutan yang dibangunkan khusus untuk Kuching Urban Transportation System (KUTS). Ia boleh membawa sehingga 241 penumpang, bergerak pada kelajuan sehingga 70 km/j dan jarak operasi sehingga 245 km.
Bagi melancarkan operasi ia menggunakan laluan khas bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Sistem hidrogen digunakan dan bukannya sel bateri kerana proses mengisi semula bahan api lebih pantas. Ia juga selari dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi hab hirogen hijau menjelang 2027.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!