Pages

Ogos 07, 2023

Tapak Kasut

 *Tapak Kasut* _oleh Khairunnisaq_


“Aduh!”


Sakinah jatuh terpeleset. Segera dua rakannya, Farah dan Juwita mendirikan Sakinah semula. Cepat-cepat mereka menoleh ke kiri dan kanan. Line clear! Nasib baik tak ada orang lain yang nampak. Kalau tak masak dia kena bahan sampai minggu depan.


“Kau dah kenapa?” tanya Farah.


“Licinlah…” jawab Sakinah sambil menggosok-gosok punggungnya yang sakit terhentak di lantai tadi.


“Bukan lantai yang licin. Kasut kau tu, tapak dia dah rata. Dah dua tahun kau pakai kasut ni. Dah sampai masa kau tukar kot.”


Pulang dari sekolah, Sakinah duduk di laman rumah bersama ibu dan adiknya yang berumur lima tahun untuk minum petang.


“Ibu, kasut kakak dah hauslah. Boleh beli baru tak?” tanya Sakinah. Adiknya turun dari kerusi dan berjalan terkedek-kedek pergi.


“Boleh. Nanti ibu cakap dengan ayah. Hujung minggu ni kita pergi beli.”


Si adik kembali semula, ada gelas plastik di tangannya.


“Tak payah beli. Adik dah buat. Kasut kakak tak haus dah.”


“Adik buat apa?” Segera Sakinah berlari mendapatkan kasutnya. Habis lencun sudah!


“Kan kasut kakak haus. Adik bagilah dia minum. Ehehe….”


Cereka

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!