EPISOD 5: “Tak Semua Luka Berdarah...”
> _“Orang nampak aku okay.
Nampak aku kerja. Nampak aku senyum. Nampak aku macam kuat.
Tapi tak semua luka berdarah.
Ada luka... yang cuma aku je rasa... dalam dada... dalam jiwa.
Ada cerita... aku tak pernah cerita.
Ada kesedihan... aku simpan, lipat, kunci... sampai aku sendiri lupa, aku pernah terluka seteruk tu.
Tapi... bila aku genggam tasbih ni... bila aku tadah tangan lepas solat... aku sedar...
Tuhan tak pernah tinggalkan aku.
Dia bagi aku peluang...
Untuk kuat. Untuk hidup. Untuk cuba lagi... walau aku dah banyak kali jatuh.”_
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”