🌿 Salam Kemaafan Buat Semua Yang Pernah Hadir 🌿
Assalamualaikum & salam kemaafan buat semua yang pernah hadir dalam hidup saya…
Dengan rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala salah silap, tutur kata yang mungkin melukai hati, perbuatan yang menyakitkan, serta janji yang mungkin tidak tertunai.
Saya hanyalah insan biasa. Banyak kelemahan, banyak kekurangan… namun setiap insan yang pernah hadir, kalian pernah menjadi warna dalam perjalanan hidup saya.
Terima kasih atas setiap kenangan, kasih sayang, persahabatan dan perhatian yang pernah diberikan.
Jika suatu ketika saya pernah menjauh, memilih untuk diam atau kelihatan berubah… ketahuilah, bukan kerana kebencian. Mungkin ketika itu saya sedang berjuang dengan sesuatu yang hanya saya dan Allah mengetahuinya.
Maafkanlah segala kekhilafan saya. Jika sudi, titipkanlah doa buat saya walaupun hanya sebaris doa yang dilafazkan dalam diam.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita semua, melembutkan hati kita, serta mempertemukan kita kembali di tempat yang lebih baik, di sisi-Nya kelak.
Dengan penuh kasih dan rendah hati,
جميل بن هاشم
🕊️
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”