Cara Tukar atau Potong Nama Anak di JPN
Ramai ibu bapa yang pernah rasa bimbang apabila memberikan nama anak yang terlalu panjang atau ingin membuat perubahan pada nama anak. Bagi yang ingin menukar atau memotong nama anak, urusan boleh dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dokumen Yang Perlu Disediakan
- Salinan kad pengenalan (IC) ibu dan bapa
- Surat beranak anak
- MyKid anak (jika ada)
- Sijil perkahwinan ibu bapa
- Bawa dokumen asal untuk semakan
Langkah-Langkah Permohonan
- Pergi ke bahagian pendaftaran surat lahir di JPN.
- Minta borang untuk permohonan tukar nama atau potong nama anak.
- Isi borang dengan alasan yang munasabah.
- Dapatkan pengesahan cop daripada Suruhanjaya Sumpah.
- Hantar semula semua dokumen lengkap ke kaunter JPN.
Contoh Alasan Permohonan
Antara alasan yang sering diberikan oleh ibu bapa ialah nama anak terlalu panjang dan dikhuatiri menyukarkan urusan anak pada masa hadapan seperti pendaftaran sekolah, dokumen rasmi dan urusan pentadbiran.
Bayaran Proses
- Bawah 1 tahun: sekitar RM5
- Lebih 2 tahun: sekitar RM50
Permohonan perubahan nama biasanya tertakluk kepada syarat JPN dan had umur yang ditetapkan. Sebelum hadir, ibu bapa disarankan menghubungi JPN terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat terkini.
Perkara Penting
Kedua-dua ibu dan bapa biasanya perlu hadir kerana tandatangan serta pengesahan diperlukan dalam proses permohonan.
Bagi ibu bapa yang menyesal memberikan nama anak terlalu panjang, jangan risau. Dapatkan nasihat daripada pihak JPN untuk mengetahui prosedur yang betul.
Kredit: Diana Hezruque
Sumber perkongsian: Ilham Media
Sumber Rujukan Rasmi
Maklumat berkaitan perubahan atau pembetulan nama dalam sijil kelahiran adalah tertakluk kepada prosedur Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ibu bapa dinasihatkan menyemak syarat terkini melalui laman rasmi JPN sebelum hadir ke kaunter.
Kalau dulu- dulu nak tukar nama ke latak @ kan...dah jadi x cantik nama...
BalasPadamLinda masa nak letak nama anak...fikir yang pendek2 je, senang nak panggil nanti...tapi, tetap 2 patah perkataan sebab nak sama kan...ada pangkal nama mak dengan bapaknya...hihihi
BalasPadam