Nasi Goreng Kampung Mudah
Bahan-bahan:
2 cawan nasi putih (sejukkan dulu, jangan panas)
2 ulas bawang putih (cincang)
3 biji cili padi (tumbuk atau hiris)
1 genggam ikan bilis (digoreng garing)
1 biji telur
Sayur kangkung atau sawi (jika ada)
1 sudu besar kicap (jika suka)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili hingga naik bau.
2. Masukkan ikan bilis, kacau sebentar.
3. Masukkan telur, kacau dan hancurkan sedikit.
4. Masukkan nasi dan gaul rata.
5. Masukkan sayur dan kicap (jika guna), perasakan dengan garam.
6. Gaul rata hingga semua sebati dan nasi panas sempurna.
7. Siap dihidang!
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”