MONOLOG BILA KATA TAK LAGI MAMPU: EPISOD 2

"Suara Dalam Diam"

_"Pernah aku cuba…
Menjerit dalam diam.
Meluahkan segalanya...
Tapi yang keluar... hanya bisu.

Bukan tak mahu,
Tapi… kadang takut disalah erti.
Takut rasa ini tak dihargai.
Takut luka lama berdarah lagi.

Jadi aku belajar...
Bahawa tak semua perlu dijelaskan.
Tak semua perlu difahami oleh semua orang.

Cukuplah...
Aku faham diriku sendiri.
Cukuplah...
Tuhan faham apa yang tersimpan dalam dada ini.

Kerana… ada rasa, yang bila dipaksa jadi kata...
Akhirnya cuma jadi air mata._"

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan