MONOLOG BILA KATA TAK LAGI MAMPU: EPISOD 3

“Mengerti Tanpa Suara”

_"Pernah tak…
Kau rasa… penat.
Penat berharap orang faham…
Padahal… tak ada siapa pun benar-benar mahu mengerti.

Lalu aku belajar...
Bahawa tidak semua orang hadir untuk memahami.
Ada yang hadir hanya untuk melihat...
Ada yang hadir hanya untuk bertanya, bukan untuk mendengar.

Dan di saat itu…
Aku memilih untuk diam.
Bukan kalah…
Bukan menyerah…
Tapi cukup… kerana aku sedar,
Mengerti tanpa suara itu... lebih bermakna._

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan