SINOPSIS NANA DAN JAM ATOK

SINOPSIS NANA DAN JAM ATOK 

Nana dikenali sebagai seorang pelajar yang pemalas dan sering lewat ke sekolah. Alasan yang sering digunakan adalah jam di rumahnya rosak dan tidak berbunyi. Puas ayahnya menukar jam dibilik Nana dengan harapan ada perubahan. Suatu hari, sebelum Nana pulang ke Kuala Lumpur, atuknya telah menghadiahkannya sebuah jam antik yang telah merubah hidup Nana.

Masa bermainnya terasa sungguh singkat dan masa belajar semakin lama. Dia cuba untuk membuang jam itu tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Pelbagai cara Nana cuba untuk menghapuskan jam itu sehingga menghadiahkan jam itu kepada Cikgu Liza sempena Hari Guru akan tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Nana mula pasrah dan kehidupnya semakin berubah ke arah kebaikan. 


Telefilem 'Nana Dan Jam Atok' telah disiarkan pada Ahad, 27 Januari 2019, 9 malam di TV3.

Lakonan Nur Qistina Raisah, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Hafidzuddin Fazil, Shanie, Gen Darwish, Danish Hazriq, Hafiyah Hafiz, Hadi Nawawi, Indah Emeerlda, Lan Zailan, Ramli Salleh dan ramai lagi

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan