Pages

September 14, 2020

MAAFKAN MEREKA, BUKAN ITU YANG MEREKA PINTA

MAAFKAN MEREKA, BUKAN ITU YANG MEREKA PINTA

Pada waktu² sekarang, jika pesanan makanan kita lambat sampai, jangan batalkan pesanan atau tidak angkat call kerana marah akibat menunggu terlalu lama.

Ada rider yang beritahu, mereka akan dikenakan tindakan sekiranya lambat atau dapat complaint daripada pelanggan. Jadi mereka terpaksa bawa motor dengan lajunya.
.

Cuba kita fahami cabaran dan risiko tugas mereka. Jika ditanya, sudah pasti jawapan mereka adalah untuk menghantar pesanan tersebut ke pelanggan secepat yang mungkin. Terima kasih kerana memahami mereka.
.

Gambar dikirimkan oleh seorang rakan (tidak pasti lokasinya) menunjukkan kejadian di mana seorang penghantar makanan jatuh tersungkur kerana hujan...jalan licin.

Orang awam yang ada di situ membantu beliau bangun dan angkat motor semula. Apa yang menyentuh hati adalah beliau tidak periksa badan sendiri sama ada luka atau pun tidak. Apa yang dicari dahulu adalah ‘food box’ pada motor. Beliau memastikan makanan yang dibawa tidak tumpah sebelum mengambil telefon bimbit beliau yang terpelanting jauh.
.

Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.

Kasut kita tak sama, kawan.

Credit : M.Faisal




2 comments:

anakdenesor berkata...

betul..kita mudahkan urusan mereka, insyaallah urusan kita juga dipermudahkan

Mrs. A berkata...

Touching pulak baca

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!