0803. Itu adalah waktunya. Saat doktor menyebutkan angka itu, Nafisa terkedu. Jantung wanita itu berhenti berdetak.
Mereka baru berkenalan beberapa hari lalu. Wanita itu tidak pernah ada dalam hidupnya. Dia tinggal bersama sang ayah sahaja. Namun beberapa hari lepas, seorang lelaki berbaju kemeja memperkenalkan dirinya sebagai ayah tiri Nafisa muncul di pintu rumah. Merayu-rayu agar dia pergi melihat wanita itu di hospital.
“Tolonglah, bang. Dia nak sangat tengok Nafisa buat kali terakhir.”
Nafisa memandang ayahnya yang keras membatu. Nafisa hanya diberitahu ibunya dulu lari bersama lelaki lain setelah diceraikan ayah. Lambat-lambat, ayah mengangguk. Lelaki itu bawa Nafisa dan ayahnya ke hospital.
Di situ Nafisa berkenalan dengan seorang wanita yang mahu dipanggil ibu. Nafisa tak banyak cakap, hanya menjawab bila ditanya. Wanita itu tak berhenti bicara, macam-macam perkara diceritakan pada Nafisa. Sekali-sekala dia menjeling ayahnya berharap mereka akan pulang segera. Lapan tahun dia hidup tidak mengenali wanita ini. Kartun di rumah lebih penting baginya.
Setelah seharian di situ. Dia pulang dan berjanji untuk datang lagi nanti. Selang beberapa hari sekali lagi ayah tiri Nafisa muncul di pintu dalam keadaan kelam-kabut dan bawa mereka ke hospital. Di situlah Nafisa mendengar angka 0803.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.