Julai 30, 2023

Ada masanya kita beri mereka peluang untuk mereka duduk merenung dan berfikir...

Ada sorang budak datang ke bilik tayang waktu rehat.
"Cikgu, nak sambung tengok movie hari tu boleh?" Pintanya..
Mengenangkan memang tayangan 'movie' sempena minggu pusat sumber hari tu tak sempat habis, jadi aku pun benarkan. 

Aku 'on' lcd dan pasang lah cerita yang dia nak sambung tengok hari tu. 

"Cikgu, saya makan dalam ni boleh?" Soalnya. 

"Kalau tumpah nanti macam mana? Cikgu takde penyapu dalam ni. " Balas saya. 

"Saya makan karipap je cikgu. Tak tumpah," balasnya. 

"Oklah..kalau tumpah, awak kutip dan bersihkan ya. Cikgu bimbang bilik ni bersemut je nanti." 

Tenang dia duduk depan meja sambil mengadap skrin tayangan. Satu demi satu karipap diambil dan disuapkan ke mulutnya. Aku memerhati je dari kerusi belakang. 

Sedap sangat nampak dia mengunyah karipap sambil menonton tayangan percuma. 
Tapi tulah..
Langsung tak pelawa...
Dia buat tak nampak je aku...

Sampai sekarang, sampai korang baca posting ni, takde seketul pun karipap sampai kat aku. Waktu rehat dah habis ni..

Tergamak kau budak😔

Tapi tulah..aku tengok dia duduk menonton sambil makan karipap tu macam dia tengah menikmati sungguh-sungguh momen tu. Ala-ala healing gitu..

Agaknya lah kan...
Anak-anak kita ni pun kadang-kadang perlukan masa bersendirian. Mereka juga pasti ada keserabutan mereka tersendiri. Mungkin ada masanya kita beri mereka peluang untuk mereka duduk merenung dan berfikir. Biarkan mereka duduk di gua mereka buat sementara. Moga mereka kembali ke dunia nyata dengan semangat baru.

Tapi karipap tu...haish... FB



0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!