Julai 18, 2023

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH (JAKIM)

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH (JAKIM)

Petang ini penutup bagi tahun 1444 Hijrah dan Maghrib nanti akan bermula tahun 1445 Hijrah.

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1445H bersamaan 1 Muharram 1445H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

Berikut dikongsikan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah yang boleh dibacakan selepas solat Asar atau ketika hampir masuk waktu Maghrib hari ini, 18 Julai 2023 bersamaan 29 Zulhijjah 1444H.

Ini kerana berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.


AWAL MUHARAM, BERMULANYA HIJRAH NABI SAW

Awal Muharam adalah salah satu dari hari penting bagi kita umat islam kerana ia menandakan bermulanya tahun baru dalam kelendar islam. Ia di ambil dari tarikh perpindahan (hijrah) nabi kita Muhammad S.A.W yang berpindah dari Mekah ke bumi Madinah.


Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk menghayati dan mempraktiskan konsep hijrah ini dalam kehidupan kita. Ini tidak bermaksud kita perlu berpindah dari satu tempat ke satu tempat pada setiap tahun tetapi cukuplah sekadar berhijrah dari sifat yang tidak baik kepada yang lebih baik. Ini juga dikira sebagai hijrah.


DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH 2023


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa Akhir Tahun Hijrah (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1444H bersamaan 18 Julai 2023 (Selasa).



DOA AWAL TAHUN HIJRAH


Doa Awal Tahun Hijrah (1445H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023 (Selasa) bersamaan 1 Muharram 1445H.

Sumber: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)


Kedua-dua doa ini boleh dibaca secara bersendirian atau berjemaah sama ada di masjid, surau, tempat kerja dan sebagainya.


Memandangkan Awal Muharam juga jatuh pada hari Jumaat, jom ambil kesempatan ini untuk kita semua berselawat dan jangan lupa baca surah al Kahfi ya.


اَللهُم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]


Semoga dengan doa yang kita baca ini dikurniakan rahmat dan keberkatan daripada Allah dan dilindungi daripada segala perbuatan maksiat yang ditegahNya. Dan niatkan agar dosa kita yang dahulu dan akan datang diampunkan.

Selain itu, titipkan niat agar sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah pada masa akan datang.

Seperkara lagi, jangan lupa titipkan doa kita untuk semua sahabat handai!


0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut