Marcapada ini, kecanggihan dan kemodenan teknologi semakin pesat membangun. Teknologi moden yang dicipta pada masa kini dilihat menyenangkan dan memudahkan urusan orang ramai.
Baru-baru ini, menerusi akaun media sosial Twitter @shaifull, beliau telah memuat naik dan berkongsi satu hasil ciptaan pasukannya iaitu robot troli bergerak.
Berdasarkan perkongsian tersebut, robot itu dikatakan telah digunakan di sebuah hospital UiTM Sungai Buloh dan digunakan untuk membawa peralatan ke sekitar hospital.
Beliau turut mengajak orang ramai yang berminat untuk menjadi pelatih atau yang ingin terlibat dalam program robot ini untuk menyertai pasukan beliau.
Usaha beliau dan pasukannya dalam menghasilkan robot tersebut sangat memdapat sokongan dari netizen. Rata-rata netizen memuji dan ada juga yang berjenaka dengan mengatakan seram jika ternampak troli ini bergerak pada waktu tengah malam.
bestnya kalau benda ni ada kat hospital 😭 nak tolak troli diet pesakit dah mudah. nak ambil indent ubat banyak2 takyah guna troli / bakul
sbb staff hospital ramai yg sakit tulang blkg sbb banyak menolak/menarik benda berat masa kerja
— ماهيده (@mxhdh__) December 27, 2019
Banyak potensi sebenarnya orang malaysia ini,boleh jadi world class.Tapi disebabkan org² atas asyik gaduh sesama sendiri,susah jadinya.
— كىمى (@AffiqKimiLer) December 26, 2019
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.