Julai 25, 2023

Hasil bekerja kerana...



Ini adalah kisah mengenai individu yang mendapat penghargaan selepas bekerja keras melakukan pekerjaan yang mereka minati selama berpuluh tahun! 


1. Bell Ngasri sudah mula memegang skrip sejak usianya 6 tahun. Pelbagai watak, dari remaja nakal kaki buli sehinggalah watak popular Barkoba telah lakonkan. 


2. TIADA kontraversi murahan, tiada gimik aneh untuk mengangkat namanya, beliau terus kekal relevan selepas 37 tahun dalam industri.


3. Elly Mazlin membuat kemunculan pertama ketika zaman emas Tok Ti iaitu pada penghujung 90 an. Bukan mudah untuk artis lain menyinar pada ketika itu.


4. Cubaan untuk come back dengan menyertai Gegar Vaganza hampir tidak menjadi apabila beliau menarik diri pada minggu minggu awal kerana kritikan hebat juri. 


5. Hanya selepas muncul sebagai pengacara dengan watak Kak Lina Pom Pom dan lakonan dalam siri Kampung People namanya kembali berkilau. 


6. Tyzo walaupun nampak muda, rupanya sudah berpuluh tahun bertugas sebagai penyampai radio. Hanya selepas 20 tahun menjadi penyampai radio beliau berjaya memenagi anugerah.


7. Ini membuktikan betapa penting untuk seseorang untuk terus berusaha melakukan pekerjaan yang diminati dan disukai tanpa erti jemu. 


8. Jika anda sedang berusaha melakukan sesuatu dan masih tidak menunjukkan hasil seperti mana yang diharapkan, jangan cepat berputus asa! 


9. Paling penting, tidak perlu membandingkan pencapaian diri dengan orang lain. Mungkin rezeki anda masih belum tiba lagi, teruskan berusaha dan mencari kelainan dan keunikan, semoga ada sinar di penghujung jalan buat semua

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!