Julai 27, 2023

Bawang

*Bawang* _oleh Zuraida Ab Rashid_

“Masa kat sekolah tadi kan ibu, cikgu cerita kisah Bawang Putih Bawang Merah,” kata Maira yang berusia lima tahun.

“Wah, best tak?” layan Puan Mala. “Best tapi kesian Bawang Putih, asyik kena buli dengan Bawang Merah aje,” balas Maira.

“Macam tu lah kisahnya. Bawang Merah dan Bawang Putih memang selalu bergaduh. Lebih-lebih lagi selepas mak Bawang Putih meninggal,” sambung Puan Mala.

Pada petang itu kelihatan Puan Mala kelam kabut di dapur seperti mencari sesuatu.

“Ibu cari apa tu?” tanya Maira tiba-tiba. “Ni ha, ibu cari bawang putih ibu. Tiba-tiba aje hilang. Ibu nak masak ni!” jawab Puan Mala.

“Oh… bawang putih. Ada, Maira simpan dalam bilik Maira. Maira takut nanti bersepah dapur kita kalau bawang putih bergaduh dengan bawang merah,” ujar Maira dengan selamba dan rasa tidak bersalah.

“Ya Rabbi. Maira, itu bawang aje!” terjerit kecil Puan Mala, sambil memicit dahi.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!