Pages

Julai 18, 2023

Senarai Contoh Ucapan / Pantun Awal Muharram Dan Maal Hijrah 1445H Bersamaan Tahun 2023

 1)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Awali bulan dan tahun yang baik dengan doa yang terbaik.

Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1445 Hijrah.

2)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Selamat Menyambut Tahun Baru 1445 Hijrah.

Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan di tahun baru ini.

3)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Awal Muharram merupakan permulaan bagi umat Islam untuk membuka 'buku baru' dan memperbaiki segala kekurangan pada tahun sebelumnya. Salam Maal Hijrah 1445H

4)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Bersempena dengan peristiwa Hijrah, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1445H dan marilah kita bersama-sama meningkatkan taqwa kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, InsyaAllah.

5)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya kita dapat memasuki fasa baru hijrah iaitu tahun baru 1445H. 

Dengan kedatangan tahun baru hijrah ini juga marilah sama-sama kita merapatkan saf dan berazam berhijrah ke arah yang lebih baik tahun ini. 

6)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Jiwa akan sepi tanpa teman, hati akan mati tanpa iman. Hari ini adalah kenyataan, semalam adalah kenangan, esok adalah impian. Jadi sucikan hati, jernihkan fikiran. Sambutlah Maal Hijrah dengan keazaman baru.

7)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Kini tiba bulan Muharram 1445 Hijrah,

Semoga dapat menyinari hidup kita,

Dengan memperbaiki diri.

Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,

Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.

Salam Maal Hijrah 1445, Selamat Tahun Baru Islam.

8)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Salam Maal Hijrah 1445H

Hijrah itu pengorbanan,

Hijrah itu perjuangan,

Hijrah itu persaudaraan,

Hijrah membentuk perpaduan.

9)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Harapan kita, semoga tahun baru Hijrah ini kita akan memiliki visi dan misi baru, hidup baru, penghijrahan baru yang akan lebih baik daripada penghijrahan sebelumnya. Salam Maal Hijrah 1445H.

10)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1445H

Hijrah dituntut ke atas setiap umat Islam. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan penghijrahan. Manakala hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.

11)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Kini tiba bulan Muharram 1445H. Semoga dapat menyinari hidup kita dengan memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun lalu

Salam Maal Hijrah 1445H dan Selamat Tahun Baru Islam

12)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi. Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

SALAM MAAL HIJRAH 1445H

13)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Happy Islamic New Year. May Allah guide you to the path of success and achievements in this new year.

14)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Happy New Islamic Year 1 Muharram 1445H. May Allah SWT brings many opportunities to the way you explore every joy of your life and make all of your resolutions come true.

15)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Islamic New Year 1445H is perfect time to turn your dream into reality and all your efforts into great achievements.

16)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

With the arrival of the Hijri 1445H, I pray for you and your family to have a fortunate year ahead! Happy Muharram to you all!

17)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

May Allah give you the strength to live justly and Keep you safe from all evil forces. Wish you and your family Hijri New Year.

18)  Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

Happy Hijri New Year! May the beginning of the Islamic New Year brings you more opportunities to prosper and progress!

Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah Awal Muharram 1445H/2023

1)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Awal Muharam menjelma lagi,

Mengatur azam di tahun baru,

Panjang umur murah rezeki,

Moga sihat ceria selalu.

2)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Dari Mekah ke Kota Madinah,

Umat Islam melakar penghijrahan,

Hijrah lambang perpaduan ummah,

Bersatu hati membentuk perpaduan

3)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Hijrah itu bukan pelarian,

Tetapi tuntutan dari tuhan,

Sama-sama tingkatkan amalan,

Agar hidup sentiasa aman.

4)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Tekun mencabut kayu gaharu,

Elak geruh daripada benih,

Selamat menyambut tahun baharu,

Buang yang keruh ambil yang jernih.

5)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Memburu rusa di dalam rimba,

Rehat sebentar di Poko Sena,

Awal Muharram telah tiba,

Moga hijrah lebih bermakna.

6)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Angin meredah bertemu awan,

Pangkal jeram berkabut pagi,

Salam Maal Hijrah untukmu kawan,

Semoga istiqamah membaiki diri.

7)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Mendayung sampan hingga ke kuala,

Jangan lewat bila pulangnya,

Allah dan Rasul tujuan utama,

Moga hijrah lebih bermakna.

8)  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H

Angin meredah bertemu awan,

Pangkal jeram berkabut pagi,

Maal Hijrah titik permulaan,

Mari kenang kembali penghijrahan Nabi.

HelloKerja

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!