Julai 29, 2023

Susuk Berkebaya Kuning

*Susuk Berkebaya Kuning* _oleh Sarah Ross_

“Sayang….”

Lia hairan melihat wajah suaminya yang pucat.

“Sepanjang lebuh raya tadi, banyak kali abang nampak dia.”

“Siapa?”

“Susuk perempuan berkebaya kuning.”

Serta-merta naik meremang bulu roma di seluruh tubuh Lia. Salaman tangan dilepaskan. Pantas dia melangkah masuk. Daun pintu berdentum dihempas.
Tok! Tok!

“Lia, kenapa kunci pintu ni?”

“Lia takut benda tu ikut abang!”

“Sampai hati Lia tinggalkan abang sorang kat luar.”

“Entah-entah, abanglah hantu tu.”

“Isy, bila masa pula abang jumpa hantu?”

“Tadi yang abang cakap tu.”

“Oh, tu perempuan di papan iklan gergasi. Memang banyaklah sepanjang lebuh raya tu, promosi barang.”

“Abang!”

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!