Pages

Julai 29, 2023

Kampung Baiduri

 *Kampung Baiduri* _oleh Khairunnisaq_


Jaafar ialah seorang anggota polis yang sedang menyiasat kes pembunuhan usahawan ternama. Setiap bukti yang dia jumpa menemui jalan buntu. Seolah-olah usahawan itu dibunuh oleh tangan-tangan ghaib. Sehinggalah suatu hari, dia menerima panggilan misteri….


“Helo? Saya Inspektor Jaafar. Siapa bercakap?”


“Tuan, saya temukan petunjuk baru untuk kes Dato’ Sulaiman. Datang ke Kampung Baiduri. Di situ, tuan akan jumpa jawapannya.” Panggilan misteri itu ditamatkan.


Segera Jaafar ke Kampung Baiduri yang letaknya jauh di dalam hutan. Dia singgah di warung untuk membeli kopi. Di situ… ada seorang lelaki yang wajahnya persis Dato’ Sulaiman.


“Dato’?”


Lelaki itu menoleh dan terkejut. Dia bangkit lalu berlari laju. Jaafar segera mengejar. Tak mungkin! Dato’ Sulaiman dah meninggal. Usahawan ternama itu hilang daripada pandangan matanya. Tidak lama kemudian, dia muncul kembali dengan seseorang yang amat Jaafar kenali.


“Tuan! Kenapa tuan datang sini sendiri? Kan dah mati macam kami. Tuan patutnya datang dengan skuad kita,” marah Detektif Hanif, rakan sekerjanya yang turut dibunuh ketika menyiasat kes ini.

Cereka 

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

itu je? xde sambungan?

Tanpa Nama berkata...

https://whatsapp.com/channel/0029Va0M9vX7tkjAO6OpGw2D

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!