Teman nyatakan di bawah ini, beberapa jenis kesilapan dan cara menanganinya:
1. Kesilapan yang berpunca daripada rasa panik dan tergesa-gesa. Kesilapan jenis ini, hanya dapat ditangani dengan melatih diri untuk jadi lebih tenang.
2. Kesilapan yang berniat baik (kerana cuba melakukan yang betul, tetapi pada masa sama tidak kena pada tempatnya). Kesilapan jenis ini, dapat ditangani dengan lebih berhati-hati dalam tindakan dan keputusan.
3. Kesilapan kerana cuai (malas, tidak konsisten). Ubatnya ialah 'consistency' dan buat sampai jadi.
4. Kesilapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu (kesudahannya disulami dengan rasa kecewa). Rasa ingin tahu tidak salah, cuma jangan sampai bersangka-sangka yang melampau.
5. Kesilapan yang tidak disengajakan (kerana tanpa ilmu dan tidak sedar ketika melakukannya). Penawarnya ialah ilmu. Dengan bertambahnya ilmu, makin kuranglah kesilapan yang akan dibuat.
💪 Jangan rasa 'useless' dengan kesilapan, sebab kesilapan adalah pengalaman dan kenangan. Pengalaman juga merupakan suatu ilmu yang mendidik kita jadi lebih baik. Ianya sebagai booster untuk upgrade diri.
🌸 𝙏𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡 𝙡𝙖𝙜𝙞, 𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙞𝙣𝙙𝙖𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠𝙞 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣, 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙙𝙞𝙧𝙪𝙣𝙙𝙪𝙣𝙜 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙠𝙚𝙠𝙚𝙘𝙚𝙬𝙖𝙖𝙣. 𝘽𝙪𝙖𝙩 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣!
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.