Julai 18, 2023

AMALKAN DOA INI AGAR KITA MENCINTAI DAN DICINTAI KERANA ALLAH

AMALKAN DOA INI AGAR KITA MENCINTAI DAN DICINTAI KERANA ALLAH

Pagi ini kita sama-sama belajar tentang sebuah doa yang sangat indah, diajarkan oleh alim ulama untuk menambahkan rasa cinta dan sayang terhadap ahli keluarga sama ada Ibu Bapa kepada anak-anak, suami isteri, anak terhadap Ibu Bapa, sesama kawan, dll.

Doa ini mudah dan ringkas, insyaAllah kita boleh hafal dan amalkan setiap hari selepas solat atau bila-bila waktu ketika berdoa . Iaitu:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمَ. اللَّهُمَّ صَلَّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. يَا رَحِيمُ يَا وَدُود، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي/اجْعَلْنَا مَحْبُوبًا فِي قُلُوبِ __ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Wahai yang Maha Penyayang dan yang Maha Mencintai, jadikan saya/ jadikan kami disayangi di dalam hati __ (nama/panggilan) dengan rahmat-Mu wahai yang paling Maha Penyayang.”

Pada tempat kosong tersebut, sahabat semua boleh pilih untuk sebutkan nama atau panggilan yang diingini, contohnya:

1. Suami/isteri.
2. Ibu Bapa.
3. Anak.
4. Saudara-mara.
5. Kawan.
6. Guru-guru.
7. Orang-orang soleh.

Jangan risau, jika tidak mampu sebutkan dalam bahasa Arab maka boleh diucapkan dalam bahasa Melayu, Allah Maha Mengetahui segalanya. Paling penting kita gembira dan ikhlas dalam berdoa.

MasyaAllah, selain amalkan untuk diri, sama-sama kita ajarkan juga doa ini kepada ahli keluarga agar selalu membacanya. Bayangkan, suasana seluruh ahli keluarga mengaminkan doa ini ketika dibacakan selepas solat berjemaah bersama, diakhiri dengan bersalaman dan berpelukan sesama insan tersayang. InsyaAllah ia merupakan ikhtiar bagi kita membina keluarga bahagia, keluarga Syurga. 

Semoga kita dapat beramal dan menjadi insan yang sentiasa berkasih sayang dan mendapat cinta yang Maha Penyayang. 




0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut