Julai 16, 2023

Loghat/Dialek Bahasa Perlis

  1. Loqlaq = maksudnya teruk la, Kena buat ayat baru paham nih, contoh ayat dia : Hang ni loqlaq la…maksudnya awak ni teruk la…
  2. Hang = awak, tapi ada sesetengah kawasan di  Perlis yang tak sebut hang, ada lenggok nahu dia, kalau kita dengar jadi ‘hiang’
  3. Tertomoih = tersungkur
  4. Meghela =tergedik-gedik,gatal. Contoh: Hang ni meghela la
  5. Pulun = bersungguh-sungguh
  6. Cemuih = bosan
  7. Gerek = basikal
  8. Kernyih = senyum lebar
  9. Mengkala = bila
  10. Carik = koyak
  11. Tak dan= tidak sempat
  12. Mengkelan = tercekik
  13. Mentekedarah = makan tak ingat dunia
  14. Lagu tu ka? = Macam itukah?;  Lagu mana?= Macam mana?
  15. Ketegaq = degil
  16. Awat / Pasai apa = kenapa
  17. Sat = sekejap
  18. La = sekarang
  19. Kami = saya
  20. Depa = mereka
  21. Mai = datang/mari
  22. Hangpa = korang, you all
  23. Besiaq = sudah kebiasaan, tabiat
  24. Habaq = bagitau
  25. Jeruih = jirus,siram

Ada jugak perkataan yang di’generalised’kan  …contohnya:

  1. Kasut – bagi orang Perlis, selipar ke,kasut ke,sandal ke semuanya kami panggil ‘kasut’…senang, tak payah pening kepala…asal pakai kat kaki je, kasut la tuh…
  2. Roti – biskut ke, roti putih ke kami panggil roti ( tapi ada jugak yang sebut biskut dan roti…)
  3. Coklat – orang Perlis kata ‘cekelat’..gula-gula dan coklat semua kami sebut cekelat…

Selain itu, ada perkataan yang disebut secara ‘phrases’ nak tunjukkan betapa extremenya keadaan tuh..macam ni la:

  1. 1.       Hangat lit-lit = Ni kira tersangat panas la..
  2. 2.       Basah lencun = Basah kuyup
  3. 3.       Merah ang = Merah terang
  4. 4.       Putih melepak = putih gila,gebu..
  5. 5.       Kasar gedegar (sebut kasaq gedegaq) = tersangatlah kasarnya
  6. 6.       Betul bendul (sebut betoi bendoi) = tersangat lurus
  7. 7.       Pahit berdengung= sangat pahit
  8. 8.       Manis melecaih = sangat manis
  9. 9.       Tawaq hebiaq = sangat tawar
  10. 10.   Keras kedekiang= keras giler
  11. 11.   Gemuk gedempoi = sangat gemuk
  12. 12.   Baloq liat = malas tahap extreme
  13. 13.   Gatai meghenyam = menggatal
  14. 14.   Busuk mengaum = busuk giler
  15. 15.   Kelip pok,kelip pok = keadaan mata yang terbukak tutup macam ayam berak kapur . Contoh ayat: Awat yang mata hang dok kelip pok,kelip pok?
  16. 16.   Serawa langut = kosong,tak  ada apa-apa, tak buat apa-apa
  17. 17.   Perak buih = susah la nak describe makna nih…macam amazed atau keseronokkan tak terhingga laaaa bila dapat sesuatu pertama kali
  18. 18.   Beruk mat yeh = ni memang lawak ni dan favourite saya…kami guna phrase ni bila nak describe betapa buruknya sesuatu…contoh ayat: perangai hang ni macam beruk mat yeh, maknanya perangai teruk atau buruk..tak tau la mana datang perkataan ni…agaknya dulu sebelum terciptanya ayat ni ada orang kampung nama Mat Yeh bela beruk yang sangat buruk perangainya kot….
  19. 19.   Hitam Melegam = hitam pekat
  20. 20.   Mampuih pi kat depa = lantak diorang
  21. 21.   Bodoh piang = sangat bodoh 
  22. MiGorengPedas

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut