Pages

Julai 22, 2023

5 Filem Terburuk Sepanjang Masa Lakonan Bintang Popular

5. A Thousand Words (2012)

Dibintangi Oleh: Eddie Murphy, Cliff Curtis, Kerry Washington, Clark Duke, Emanuel Ragsdale


Skor IMDb: 5.8/10


Pelawak lagenda, Eddie Murphy terkenal dengan bakatnya yang luar biasa. Bagaimanapun filem komedi gelap ini membuat kesilapan besar dengan ‘merampas’ aset terbesar Eddie – suaranya. A Thousand Words cuba menampilkan elemen kekeluargaan dengan sentuhan magis dan surealisme, mengambil inspirasi daripada filem Liar Liar. Malangnya ia tidak menjadi dan dianggap sebagai filem terburuk aktor itu kerana gagal menyerlahkan tenaga, semangat dan keunikan dirinya. EH


4. Gotti (2018)

Dibintangi Oleh: John Travolta, Spencer Rocco Lofranco, Kelly Preston, Stacy Keach, Pruitt Taylor Vince


Skor IMDb: 4.8/10


John Travolta mempersembahkan mutu lakonan hebat dalam kebanyakan filem yang dibintanginya. Justeru tidak adil jika bakatnya hanya dinilai menerusi Gotti, filem biopik jenayah yang digelar terburuk dalam sejarah. Ia menggabungkan jalan cerita huru-hara, lompatan masa tidak masuk akal, penceritaan terus ke kamera dan struktur kucar-kacir yang sukar difahami. EH



3. The Wicker Man (2006)

Dibintangi Oleh: Nicolas Cage, Ellen Burstyn, Leelee Sobieski, Kate Beahan, Frances Conroy


Skor IMDb: 3.8/10


Filem ini sepatutnya menampilkan elemen seram dan misteri namun tanpa sengaja bertukar menjadi lucu. Ia ditulis dan diarahkan oleh Neil LaBute berdasarkan novel seram tahun 1967, Ritual oleh David Pinner. Filem ini gagal menyampaikan kisah daripada novel asal, bagaimanapun lakonan Nicolas Cage sebagai penagih dadah mendapat pujian. EH


2. Ballistic: Ecks vs. Sever (2002)

Dibintangi Oleh: Antonio Banderas, Lucy Liu, Talisa Soto, Gregg Henry, Ray Park


Skor IMDb: 3.7/10


Filem aksi seram ini menampilkan pelakon berbakat besar seperti Antonio Banderas dan Lucy Liu namun gagal mencapai kutipan tinggi di pawagam. Walaupun secara teknikalnya ia adalah filem aksi, jalan ceritanya terlalu perlahan dan membosankan penonton. Menurut Rotten Tomatoes, ia amat mengecewakan dan langsung tidak berbaloi untuk ditonton. EH!


1. Left Behind (2014)

Dibintangi Oleh: Nicolas Cage, Lea Thompson, Cassi Thomson, Chad Michael Murray, Nicky Whelan


Skor IMDb: 3.1/10


Sebelum meraih populariti menerusi filem seperti Pig dan Mandy, Nicolas Cage terlibat dalam naskah terburuk seperti Left Behind. Filem yang diadaptasi daripada novel keagamaan ini menceritakan kisah fiksyen tentang keghairahan dan mereka yang ditinggalkan. Jalan ceritanya dianggap membosankan dan kelemahan utamanya adalah mensia-siakan bakat luar biasa pelakon utama. Satu-satunya perkara penting yang dilakukan watak Nicolas Cage dalam filem ini adalah menerbangkan kapal terbang. EH

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!