Pages

Julai 29, 2023

Honda

*Honda* _oleh Khairunnisaq_

Kamil melangkah masuk ke dalam ruangan pantri. Beberapa orang rakannya sedang duduk melepak di situ sementara menunggu waktu rehat tamat.

“Huhoi, Kamil! Aku dengar kau beli X50 baru. Nanti balik tunjuk, aku nak tengok dalam dia. Kalau rasa luas, macam nak angkat satu juga,” kata Mat.

“Boleh je.” Ringkas jawapan Kamil.

“Ferhad, kau bila nak beli yang baru? Lusuh dah aku dah tengok Kenari kau tu.” Mat bertanya pada Ferhad yang sedang membasuh gelasnya di singki.

“Aku ada lagi satulah. Honda.”

“Wui, abang-abang H rupanya kau ni!”

Ferhad tersenyum bangga sambil berlalu keluar dari ruangan itu ke mejanya. Petang itu setelah tamat waktu kerja, Mat ikut Kamil ke keretanya. Sedang mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya dengan X50 Kamil, mereka dikejutkan dengan bunyi hon.

Pin! Pin!

Ferhad yang menunggang Honda EX5 berhenti betul-betul di sebelah mereka sambil tersenyum manis. Honda juga, kan? Yang penting yakin, kawan-kawan!

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!