Pages

Julai 11, 2023

Penyakit MERS & Pneumokokal

 

Middle East Respiratory Syndrome (MERS) merupakan penyakit saluran pernafasan yang kebanyakannya dilaporkan di negara-negara Timur Tengah. Kes MERS yang dikenal pasti di luar Timur Tengah adalah mereka yang asalnya mendapat jangkitan di Timur Tengah dan kemudian mengembara keluar atau pulang ke kawasan lain Jemaah Haji yang pulang dari Tanah Suci dinasihati agar memantau diri sendiri untuk gejala-gejala MERS dan segera mendapatkan rawatan jika menunjukkan gejala. MERS-CoV biasanya menyebabkan radang paru-paru dan boleh menyebabkan keadaan lain yang lebih serius, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi.
Penyakit Pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae. Penyakit ini boleh menjangkiti semua golongan tetapi lebih lazim dalam kalangan kanak-kanak dan warga tua. Vaksin Pneumokokal merupakan salah satu vaksin yang dimasukkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk mencegah dan mengelakkan jangkitan dan komplikasi. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan vaksin pneumokokal mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan demi melindungi kanak-kanak dan orang tersayang dari jangkitan ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!